Nama: Kong Nee Ping 820705-08-5774
1.0 Definisi terapi
Terapi
berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud
satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata
kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu,
terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya,
terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan
dan sebagainya.
Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi
didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi
sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk
membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau
kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Saya
akan tumpuan terapi saya kepada enam terapi yang pentinga iaitu: terapi
bermain, terapi muzik, terapi bercerita, terapi seni dan terapi biblio.
2.0 Terapi Bermain
Menurut
Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti
yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu.
Carr
pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak
untuk meluahkan pendapat masing-masing.
Dari
aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk
berurusan dengan realiti sebenar.
Terapi
main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap
aktiviti yang dijalankan.
Terapi
permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan
untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan
emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati
orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar atau
tidak menerapkan keterampilan sosial pro dan memerlukan pengajaran tambahan,
latihan dan pembinaan. Kecenderungan alami anak-anak untuk bermain menyediakan
cara yang sangat memotivasi untuk melibatkan mereka dalam belajar keterampilan
sosial pro. Anak-anak cenderung dengan peribadi yang menyelesaikan masalah
dengan agresi, kurangnya persahabatan, pengurusan kemarahan dan pembohong.
Kemajuan
permainan pada pengembangan keterampilan dan kompleksitas dengan fokus yang
kuat pada intervensi awal, mulai dari usia 4-14. Permainan dapat digunakan
secara beturutan selama enam sampai lapan minggu dan satu sesi untuk menutup
keterampilan tertentu. Anak-anak muda akan mulai dengan permainan ‘Persiapan
Bersama’ dan bekerja dengan ’Teman yang Ramah’ dan mungkin untuk ‘Pemikir
Ulang’.
Anak-anak
berusia lapan atau sembilan atau yang lebih tua akan mulai dengan ‘Teman yang
Ramah’, Pengusik ‘atau Pemikir ulang, tergantung pada pengembangan keterampilan
yang diperlukan. Permainan dapat digunakan dengan individu, kelompok atau
anak-anak seluruh kelas.
3.0 Terapi Muzik
Terapi muzik adalah alternatif dalam
rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk
pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal.
Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh
pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian..
Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar
pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda
kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga
dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
“Sejarah
terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina
“I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan
dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
Terapi muzik adalah berkesan untuk
meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi
muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik
membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi untuk
meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka
dapat melakukan perubahan yang positif terhadap tingkah laku. Selain
itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak
langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Rawatan
terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran
koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan
diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai
masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
Muzik
dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik
digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital dan klinik bersalin
untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi.
Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala
atau migrain.
Terapi
muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer
dan penyakit yang hampir serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang
mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan komunikasi di
mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.
Kajian
menunjukkan bahawa keberkesanan teknik terapi muzik memberi relaksasi secara
fisiologi dan psikologi.
Jellison
1975, mendapati muzik latar dapat mengurangkan stress dan membantu dalam proses
relaksasi.
Scartelli
& Borling, 1986 membantu proses relaksasi dengan teknik biofeedback.
Hanser
1998, mendapati kajian literature menggunakan keberkesanan muzik dalam
relaksasi.
American
Music Therapy Association (2009), terapi muzik sebagai penggunaan intervensi
muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu dalam
perhubungan antara terapeutik oleh professional yang mempunyai kredential yang
telah menamatkan program terapi muzik yang diiktirak.
Satu
tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan
bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan
Mozart. Muzik penggubah termasyur itu berupaya menurunkan denyutan jantung dan
membuat anda bersantai.
4.0 Terapi Bercerita
Terapi bercerita ialah suatu
aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan
suara. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot,
watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.
Nilai-nilai moral yang terkandung
dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai motivasi instrinsik yang suka
mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling berkesan
untuk kaunseling kanak-kanak yang
mempunyai tingkah laku bermasalah.
Kegunaan cerita untuk
terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi dalaman. Cerita merangkumi
pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan untuk
menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut. Dengan
mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi
masalah harian.
Di
samping itu, menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan. Bercerita
dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan
emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu. Kesannya,
pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam
kehidupannya.
Selain itu, cerita dapat mengajar
cara penyelesaian masalah secara kreatif. Lazimnya, cerita mengandungi masalah
atau konflik yang harus diselesaikan. Cerita membawa pendengar menghayati
setiap langkah untuk menyelesaikan masalah konflik tersebut. Cara ini mengajar
kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan ketabahan. Cerita juga menunjukkan
tindakan dan akibat. Cerita memberi contoh kegagalan dan kejayaan, lesedihan
dan kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan watak, sama ada
positif atau negative. Ini memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk membuat
keputusan positf pada masa kelak.
Cerita juga mencerminkan keadaan
manusia yang universal. Melalui peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita
memberi persepsi dalam emosi pendengar dan pengalamannya, dan mengingatkan
pendengar walaupun wujud perbezaan antara satu sama lain, semua manusia
menghadapi rintangan hidup yang sama.
Helen Keller, dalam ‘The Story of My Life’ menulis,
mendengar cerita merupakan cara yang paling mudah dan secara semulajadi untuk
kanak-kanak menguasai bahasa yang membolehkan mereka menyusun, menstruktur,
memanipulasi, memikir dan mempersepsikan dunia secara rasional.
Guru
atau kaunselor boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi
kepada murid-murid di mana guru boleh meneroka dan cuba mendekati murid
bermasalah dengan bercerita. Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk
meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada guru atau kaunselor. Oleh itu,
guru perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi
atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut.Berdasarkan
sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang sesuai supaya
berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid mendengar
cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan
atau masalah yang dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika murid masih malu atau
tiada keyakinan untuk bercerita kepada kaunselor, guru perlulah menyatakan
pengakhiran cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada
murid tersebut. Hal ini supaya murid dapat membuat keputusan atau menyelesaikan
masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh guru.Tujuan bercerita
yang lain juga ialah untuk menerapkan nilai murni, pengajaran dan unsur-unsur
teladan yang baik kepada murid. Oleh itu, seorang pencerita hendaklah bijak
membuat pemilihan jalan cerita supaya kanak-kanak dapat dipupuk dengan
nilai-nilai yang positif. Jalan cerita yang baik untuk kanak-kanak adalah
cerita yang ringkas, mudah difahami, menarik, menggunakan bahasa yang sesuai
danmempunyai nilai moral yang tinggi supaya murid dapat menghayati pengajaran
yang ingin disampaikan pada akhir sesi bercerita. Nilai-nilai murni boleh
diserapkan secara langsung dan juga tidak langsung. Penyerapan nilai murni
secara langsung selalunya dilaksanakan oleh pencerita semasa akhir sesi
penceritaan. Manakala penyerapan secara tidak langsung dapat diselitkan semasa
penceritaan tersebut berlangsung.Terapi bercerita ini merupakan suatu teknik
yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak
(Trencher, 1991:86). Tugas seorang guru atau kaunseling bukan sahaja mendidik
dan mengajar bagi memenuhi bidang akademik sahaja. Namun aspek sosial seperti
yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah dititikberatkan
oleh guru supaya murid dapat menjadi seorang modal insan yang seimbang, harmonis,
berdikari,fleksibel dan cemerlang dalam pelbagai bidang. Apabila guru
menggunakan teknik bercerita sebagai terapi, murid-murid akan diminta berkumpul
membentuk bulatan atau sebagainya. Semasa proses penyampaian, sesi soal jawab
akan berlaku antara murid dengan guru. Guru perlu mengambil kesempatan ini
dengan mencungkil keberanian murid untuk menyuarakan pendapat di hadapan
kawan-kawannya yanglain. Selain itu, murid-murid akan berbincang dan berbual
dengan rakan-rakan tentang cerita tersebut. Oleh itu, tanggungjawab guru untuk
menyediakan suasana pembelajaran sosial yang sihat dan positif dalam kalangan
murid-murid. Selain itu, dengan terapi bercerita, murid juga dapat menambah
keyakinan diri untuk mengekspresikan perasaan dan idea di mana pendekatan ini
memerlukanpenglibatan murid secara aktif. Proses bercerita merupakan salah satu
aktiviti yang berpusatkan murid. Oleh itu murid memerlukan keyakinan diri yang
tinggi untuk menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru seperti bercerita,
menjawab soalan dan aktiviti susulan. Murid akan berusaha dan berlatih untuk
mempersembahkan cerita yang menarik dan sesuai berdasarkan kriteria yang
ditetapkan oleh guru mengikut perspektif individu. Bimbingan dan nasihat akan
diberikan oleh guru semasa proses penyampaian supaya murid dapat membaiki
kesalahan dan mempertingkatkan keupayaan diri. Di samping meningkatkan
keyakinan diri, murid juga dapat meluahkan perasaan dan idea mereka dengan
cara yang sihat di mana mereka tidak perlu bergaduh, menjerit atau merosakkan
harta benda jika mereka berhadapan dengan masalah. Dengan terapi bercerita,
mereka dapat mengaitkan diri mereka dalam cerita tersebut dan sekaligus
menyelesaikan masalah dengan bimbingan dan pendapat guru dan kawan-kawan.
5.0 Terapi Seni
Terapi
seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama kita
fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri
boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.
Terapi seni
juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan pemikiran
mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama
lukisan.
Menurut American Art Association,
terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses
kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental
dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan
sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur,
pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik
proses kreatif.
Melalui ekspresi seni
pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik
jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni
yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam
memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith Peck)
Menurut
Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an Art or Expressive
Therapist within a school setting is to help student express and contain
their internal conflicts, while facililitating their ability
to implement change”.
Melalui
ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman
dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi.
Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas
baru dalam memartabatkan lagi dunia senimelalui rekabentuk “seni luar”. (
JudithPeck )
Menurut
Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an
Art or Expressive Therapist within a school setting is to help
student express and contain their internal conflicts, while
facililitating their ability to implement change”.
Gambaran ini mungkin
dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang dicipta dari
tanah liat.
Selanjutnya,
pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya
yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka
dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan
terpendam yang dihadapi olehnya.
Kaunselor akan berusaha membantu klien
menyelesaikan masalah dan merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien
berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil
seni yang dihasilkan oleh klien.
Melalui
kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan
masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan
serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.
Kaunselor atau pakar terapi harus pandai
mengawal situasi terapi ini agar klien tidakmerasa tertekan atau merasa didesak
untuk meluahkan perasaan.
Manfaat terapi seni
ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di University
of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh
membantu mengatasi gangguan mental.
Elizabeth Perez yang merupakan salah
seorang pengkaji mengikuti perkembangan 20 orang pesakit yang menderita
penyakit gangguan mental akut dari Therapeutic Community of theNorthen Area of
the Virgen de las Nieves Hospital, Granada selama lebih dari setahun.
Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah terapi seni ini secara sukarela
selama dua hari dalam seminggu. Selama mengikuti terapi, mereka juga
mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani, EdvardMunch,
Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk menambahkan pandangan mereka.
Para
pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan terpendam,
perasaan serta emosi dari hati dan fikiran mereka.
Selama proses ini
berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh mengungkapkan serta
meluahkan perasaan dan emosi mereka.
Dengan
itu, mereka boleh menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini dan
menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh mereka.
Terdapat
dua kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai pemangkin emosi
dalam sahsiah pelajar.
i.
Teori
mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka
melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan
sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk
menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di
dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ).
ii. Kebanyakan
orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan
mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar
dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru
yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978).
( Eve C .Jarboe, 2002 )
6.0 Terapi Biblio
Terapi
Biblio ialah penggunaan buku-buku untuk menolong orang menyelesaikan masalah.
Konteks kanak-kanak kaunseling biblioterapi adalah bahan bacaan penulisan yang
terbimbing. Bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah
sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai
´bimbingan melalui bacaan’.
Shrodes
(1950):- proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca
dengankesusasteraan di bawah bimbingan seorang yang terlatih.
Harris
dan Hodges (1995):- terapi ini merangkumi penggunaan pembacaan
bahan- bahan bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari segi
kesedaran kendiri.
Pardeck
dan Pardeck (1998):- Terapi Biblio melibatkan rawatan melalui buku-buku.
Konsep
terapi biblio ialah membaca untuk
pengalaman rawatan. Ia juga merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang
mempunyai pengalaman yang relevan dengan situasi yang tertulis dalamnya.
Ia juga merangkumi pendekatan terapi
bercerita. Terapi biblio ini telah diluaskan hingga dipadankan dengana ktiviti
perbincangan atau bermain.
Kegunaan
terapi biblio ialah mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Contohnya,
bahan-bahan seperti Chicken’s Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat
satu pengalaman trauma untuk pulih ( dari segi emosi ). Membaca adalah satu
proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan ( misalnya
ketika beratur menunggu sesuatu ). Menghilangkan ketegangan ( panas baran,
marah, tidak sabar). Meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Dapat menyelesaikan
masalah murid. Membantu murid memperoleh ilmu.
7.0 Peranan Guru Biasa sebagai guru bimbingan.
Peranan
guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling. Bilangan murid di sesebuah sekolah
adalah berbeza. Disetengah-setengah sekolah terdapat beberapa puluh orang murid
sahaja dan setengah-setengahnya lebih daripada dua ribu orang. Sekiranya,
setiap tugasan bimbingan diserahkan kepada guru bimbingan, maka kes-kes murid
yang memerlukan pekhidmatan bimbingan akan berhimpun. Oleh itu, setiap guru,
sama ada guru biasa atau guru bimbingan hendaklah memainkan peranannya dalam
membantu meningkatkan kebajikan murid-muridnya.
Terdapat
perbezaan di antara guru biasa dengan guru bimbingan. Guru biasa tidak
menghadiri kursus bimbingan selama lapanminggu dalam masa cuti atau lain-lain
kursus di Maktab Perguruan Ilmu Khas atau dimana-mana university.
Walaubagaimanapun, guru biasa pernah didedahkan kepada konsep bimbingan dan
kaunseling selama lapan minggu dalam masa cuti sekolah, kursus enam bulan atau
setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas , kursus diploma di Universiti Kebangsaan
Malaysia, kursus sarjana muda pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling) di
Universiti Putra Malaysia dan kursus sarjana di university-universiti tempatan
atau luar negeri.
Bimbingan
merupakan sebahagian daripada tugas pengajaran. Sama ada dikehendaki atau
tidak. Seseorang guru tidak dapat mengelakkan daripada tugas memberi bimbingan.
Dalam pengajarannya setiap hari, murid-murid mungkin mengemukakan pelbagai
masalah mengenai pelajaran dan sosioemosi. Guru perlu berusaha untuk
mengendalikan penyelesaian masalah-masalah tersebut.
Oleh
sebab guru biasa kurang pengetahuan dan latihan dalam bidang bimbingan, maka
tugas-tugas mereka biasanya teridir daripada:
Yang
pertama, guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid di
bawah jagaannya. Guru membimbing murid membuat penyesuaian peribadi, social,
emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah, peraturan-peraturan tatatertib
dan sebagainya, khasnya dalam awal persekolahan.
Murid menghadapi masalah dan kekeliruan
apabila mereka memasuki situasi pembelajaran baru. Mereka memerlukan
penyesuaian diri. Dalam hal ini, murid perlu diperkenalkan dengan system
pendidikan dan matlamat kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah atau cara belajar,
situasi persekitaran dan peraturan sekolah, serta kepentingan mata pelajaran
terhadap masa depan kerjaya mereka. Program orientasi merupakan salah satu cara
yang sesuai untuk mencapai matlamat ini.
Harus juga diwujudkan
peluang-peluang untuk setipa murid mengembangkan daya kebolehan mengikut
kemampuan dan kebolehan mereka. Untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran,
perlulah ada rancangan pelajaran mulai dari peringkat awal pembelajaran. Dalam
hal ini, murid perlu diberi bimbingan untuk aktiviti pelajaran yang sesuia
mengikut kebolehan dan minat masing-masing. Jadi, peranan guru di sini ialah
memberi kesedaran kepada para murid di peringkat awal, sehingga mereka berjaya
menanamkan sikap suka belajar dalam diri mereka. Ini akan membawa pencapaian
objekif pelajaran dengan berkesan.
Peranan guru yang lain ialah
mengesan masalah atau keadaan-keadaan yang tidak memuaskan yang boleh
menjejaskan pencapaian akademik para murid, di samping mengembangkan peribadi
dan social para murid serta memberi BImbingan dan Kaunseling mengenainya. Pada
bila-bila masa, tiap-tiap individu sering menghadapi kesulitan yang berpunca
dari dalaman diri sendiri, wujud konflik dalam jiwa, kekecewaan, rasa
tersingkir, merendah diri dan bosan dalam kehidupan dan pelajaran. Semua ini
merupakan gejala-gejala tidak sihat yang memerlukan bimbingan daripada guru
kaunselor. Masalah atau konflik yang dihadapi oleh murid-murid sekolah menengah
perlu mendapat perhatian dan bantuan daripada guru. Bimbingan ini membantu
individu mengatasi masalah-masalah peribadi akibat kekurangan kemampuan
individu untuk menyesuaikan diri dengan aspek-aspek perkembangan yang begitu
cepat. Masalah kejutan budaya, krisis keluarga, persahabatan jantina, soal
kewangan dan kerjaya adalah antara masalah yang memerlukan bimbingan guru.
Guru harus menolong murid membentuk
tabiat kerja yang baik dan menghargai kerja yang diamanahkan. Ini bermakna guru
harus membantu murid memupuk tabiat melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan
sempurna.
Guru memainkan peranan sebagai
kaunselor, haruslah bekerjasama dengan ibu bapa dalam hal perkembangan murid,
khasnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Guru haruslah berkenal mesra
dengan ibu bapa dan murid supaya dapat mengetahui latar belakang murid
sekolahnya. Butir-butir penting hendaklah dicatatkan sebagai panduan untuk
guru. Guru haruslah menyediakan kad rekod himpunan. Tujuan menyediakan kad
rekod himpunan ini adalah untuk mengetahui butir-butir lengkap tentang maklumat
pelajar serta latar belakang mereka. Dalam rekod ini, guru dapat mengatur
rancangan pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk murid-murid
tersebut. Kad rekod himpunan merupakan suatu system untuk merekod butir-butir
murid dari semasa ke semasa. Ini membolehkan guru mengenali setiap murid dengan
lebih dekat dan memahami masalah mereka serta memudahkan guru memberi bimbingan
dan kauseling untuk mereka.
8.0 Kesimpulan
Sebagaimana
yang telah dihuraikan, intervensi merupakan suatu teknik kanseling yang
digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah berlainan dengan
remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih kurang matang serta
menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan
gangguan mental dan emosi yang abstrak.
Oleh
itu, kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis
kemahiran komunikasi. Antaranya ialah kemahiran bermain, bercerita, melukis,
bermain alat muzik dan menyanyi. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah
menggunakan media main, cerita, lukisan dan alat muzik untuk menggambarkan
pemikiran dan emosi secara semulajadi. Melalui aktiviti-aktiviti bermain,
bercerita, melukis dan bermain alat muzik, terapis dapat menghayati dunia
dalaman kanak-kanak dengan lebih tepat lagi, mendianogsis punca gangguan mental
dan emosi mereka dan seterusnya menggunakan kemahiran pelaksanaan intervensi
kaunseling untuk membimbing kanak-kanak kea rah menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
9.0 Rujukan
9.0 Rujukan
1. Cheong, L.K.
(2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
2. Choong Lean Keow (2010). Bimbingan
dan Kaunseling, Kuala Lumpur:
Percetakan Season Sdn.Bhd.
3. Mok Soon Sang (2011). Edisi Kedua.
Bimbingan dan Kaunseling Kanak-
kanak, Siri Pengajian Profesional. Penerbitan
Multimedia Sdn.Bhd.
4. Ee Ah Meng (1997). Edisi Kedua.
Perkhidmatan Bimbingan Dan
Kauseling. Siri Pendidikan Fajar Bakti. Penerbit
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Rujukan Internet:
kaunseling-kanak-kanak
http://www.scribd.com/doc/47403996/TERAPI-SENI
2 comments:
Salam sejahtera. Saya minta izin gunakan maklumat di atas untuk rujukan peperiksaan ya. terima kasih :)
Salam sejahtera. Saya minta izin gunakan maklumat berikut untuk rujukan kelas ya. Terima kasih :)
Post a Comment