Have faith in your dreams
someday your rainbow will come smiling through.
No matter how your heart is grieving,
if you keep believing,
that dream that you wish will come true.





Powered by Blogger.
RSS

KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Nama: Tang Chai Sia

 

 

1.0          Kemahiran Asas Bimbingan Dan Kaunseling

Kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ialah komunikasi interpersonal yang berlaku di antara klien dan kaunselor. Komunikasi adalah pemindahan maklumat atau mesej daripada sumber kepada penerima. Komunikasi interpersonal melibatkan komunikasi semuka dan ia berlaku dalam satu persekitaran spesifik atau dalam bentuk kumpulan. Fungsi utamanya ialah untuk mendengar, bercakap, dan menyelesaikan konflik. 
             Komunikasi interpersonal berbeda daripada komunikasi secara lisan ( verbal ) kepada secara bukan lisan ( non-verbal ). Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang melibatkan penggunaan pertuturan dalam situasi bersemuka. Ia merupakan proses komunikasi yang paling efektif, ia membenarkan pertukaran berlaku dengan cepat; ia membenarkan penggunaan ‘bahasa isyarat’ dan pencurahan perasaan di mana penerima dapat menafsir makna daripada gerak laku yang tidak diucapkan (seperti senyuman dan kerut muka) juga daripada perkataan-perkataan.
Komunikasi secara bukan lisan ialah penyampaian mesej melalui gerak isyarat, seperti isyarat tangan, gerak kepala, ungkapan muka dan sebagainya. Contohnya, mengangguk kepada mungkin boleh diertikan sebagai memberi galakan peneguhan; menunjuk masam muka menggambarkan kemarahan, diam sahaja mungkin bimbang dan lain-lain lagi.
Di dalam sesi kaunseling, yang kerap kali berlaku ialah komunikasi secara lisan dan bukan lisan. Oleh itu, guru yang memainkan peranan sebagai kaunselor dikehendaki menguasai kemahiran berkomunikasi. Kaunselor yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan ialah kaunselor yang boleh bertutur dengan jelas, tepat serta berperasaan empati. Kemahiran berkomunikasi secara lisan boleh dikenalpasti daripada ciri-ciri pertuturan yang baik adalah diturunkan seperti berikut:
“Bertutur dengan penggunaan kepelbagaian nada. Suara yang bertenaga, tatabahasa yang betul, perkataan yang tepat, mudah difahami, penghentian sejenak yang efektif, serta nadanya penuh dengan perasaan yang menarik perhatian orang yang berkomunikasi.”

1.1 Kemahiran-kemahiran Komunikasi Interpersonal
1.1.1 Membina Hubungan
Proses kaunseling berkait rapat dengan perhubungan di antara seorang kaunselor dengan kliennya di mana menghadapi masalah atau meminta bantuan kaunselor untuk menyelesaikan masalahnya. Objektif kaunseling ialah membina hubungan dengan kliennya. Untuk mencapai objektif dengan berkesan maka membina hubungan di antara kaunselor dengan klien adalah syarat penting. Dengan ini, seseorang kaunselor hendaklah menguasai kesemua kemahiran yang berkesan dan berguna dalam membina hubungan yang baik dengan kliennya, demi menentukan kejayaan kaunseling yang diaturkan.
Akan tetapi, dalam proses membina hubungan ini tidak boleh wujud dengan cara paksaan. Ia hanya menjalin hubungan dengan menggunakan teknik yang sesuai di mana seseorang kaunselor itu dapat memberi keyakinan untuk menyakinkan kliennya. Kaunselor perlu menunjukkan keikhlasannya  bahawa dia memang seorang yang dapat dipercayai oleh kliennya, sudi dan rela serta mampu membantunya dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Situasi-situasi yang menunjukkan bahawa kaunselor menjalin hubungan yang baik dengan kliennya adalah boleh melihat dari segi kemesraan perhubungan dalam pertemuan, tanda kepercayaan lahir akibat penerimaan klien sepenuhnya tanpa syarat dan seterusnya klien akan memberitahu masalahnya tanpa keraguan.
Kaunselor hendaklah menjalin hubungan baik dengan kliennya pada peringkat permulaan sesi kaunseling supaya proses temu bual kaunseling dapat diteruskan dengan mesra serta mengikut langkah-langkah yang telah diaturkan. Kaunselor boleh menjalin hubungan baik dengan membuka jalan temu bual seperti menyambut kedatangan kliennya dengan ikhlas dalam memberi keyakinan kepadanya sebelum kliennya mula meluahkan masalahnya.
Hubungan baik ini dapat dicapai apabila perasaan empati di mana kaunselor dapat memahami perasaan kliennya. Mengikut Rogers, empati merupakan perihal merasai dunia peribadi klien seolah-olah dunianya. Dengan mempunyai perasaan ini, perasaan kaunselor tidak dipengaruhi oleh kliennya, dan tidak terjunam dalam situasi yang dihadapi oleh kliennya. Akan tetapi, kliennya dapat dan menyedari kaunselornya benar-benar memahami perasaan, fikiran dan situasinya yang dihadapinya.
Kesimpulannya, kaunselor hendaklah berusaha menunjukkan perasaan empati kepada kliennya supaya mereka berasa dan percaya bahawa kaunselornya benar-benar memahami, mendengar dan mengambil berat terhadap perasaannya. Kemahiran ini dapat menghayati dan merasai dunia subjektif orang lain seolah-olah sendiri berada dalam keadaan dunia ini. Dengan mengadakan perasaan empati ini, hubungan baik di antara kaunselor dengan kliennya dijalin dan kekal sepanjang proses kaunseling itu.

1.1.2 Kemahiran Memberi Perhatian
Memberi perhatian memainkan peranan yang penting dalam bidang kaunseling. Ia juga merupakan kemahiran bukan lisan. Walaupun sering digunakan di dalam komunikasi lisan. Sebenarnya melalui kemahiran memberi perhatian, kaunselor dapat mengumpul atau mencungkil banyak maklumat daripada kliennya. Pada tahun 1971, Hasil Kajian Mehrabian menunjukkan peratus jenis komunikasi yang berlaku di antara dua orang individu dibahagikan kepada lisan dan bukan lisan iaitu 7% secara lisan, 38% vocal, 55% dengan gerak isyarat, gaya air muka, kontak mata.
Komunikasi bukan lisan banyak menggambarkan situasi lebih tepat daripada komunikasi lisan. Seseorang boleh mengawal komunikasi lisannya sebelum berucap tetapi komunikasi bukan lisan tidak senang dikawal. Ini disebabkan gerak isyarat, air muka atau kontak mata tidak dapat menipu orang lain. Contohnya seorang itu mungkin berkata : ‘ Saya tidak berasa bimbang akan peperiksaan SPM, walaupun saya belum buat ulangkaji.’ Tetapi semasa berucap kontak matanya sering mengelakkan orang lain. Komunikasi bukan lisan orang itu telah menunjukkan bahawa sebenarnya dia merasa bimbang terhadap peperiksaannya yang akan datang itu. Dengan melalui gaya badan, kita boleh mencungkil banyak maklumat daripada pemerhatian seseorang dari segi caranya menduduk, bergerak dan berjalan. Misalnya, seseorang itu berjalan ke sini dan ke sana menunjukkan masalah sedang mengganggu fikirannya lalu berasa kelam kabut dan bimbang.
Mengikut Ekman et al. (1972), terdapat sejumlah 76 gerak isyarat yang biasa digunakan dan difahami. Oleh itu, kaunselor perlu berusaha memahami tanda yang ditonjolkan. Misalnya, Seseorang itu duduk berseorangan dan mendiamkan diri walaupun rakan-rakannya bercakap atau menanyanya soalan. Ini menunjukkan bahawa dia sedang marah dan menjauhkan diri daripada rakan-rakannya. Manakala seseorang itu senyum menunjukkan gembira, suka hati dan baik hati dan sebagainya.
Mengikut Argyle (1983), nada suara lebih boleh ‘membongkar’ maklumat daripada air muka, kerana nada suara yang tinggi dan rendah boleh menunjukkan emosi seseorang. Misalnya, seseorang itu berucap dengan nada suara yang kuat dan tinggi semasa marah, manakala orang yang berperasaan sedih biasanya berucap dengan nada suara yang rendah dan perlahan.
Kaunselor yang mempunyai kemahiran memberi perhatian dapat merasai dan menyedari kerisauan dan kebimbangan kliennya dan cuba memujuk dan memberi nasihat supaya kliennya mencurahkan perasaannya yang sebenar supaya proses kaunseling dapat diteruskan di bawah situasi yang lebih sihat.

1.1.3 Kemahiran Mendengar
Mendengar berhubung rapat dengan memberi perhatian, menurut Rogers (1951) merumuskan: “Tanpa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kefahaman, maka komunikasi tidak akan wujud.”
Dalam proses kaunseling, kemahiran mendengar digunakan lebih banyak daripada berucap dan respons terutamanya dalam peringkat awal sesi kaunseling. Oleh itu, kejayaan dalam sesuatu proses kaunseling bergantung kepada kemahiran mendengar seseorang kaunselor.
Seseorang kaunselor yang mempunyai kemahiran mendengar yang berkesan, dia perlu sentiasa bersedia untuk mendengar, tidak memberi perhatian kepada fikiran masalah orang lain, sebaliknya, mendengar dengan teliti dan memcari makna dalam apa seseorang klien itu berkata.
Dalam proses kaunseling, sebagai seorang kaunselor harus mendengar setiap perkataan klien untuk mengelakkan timbulnya pandangan prasangka. Sepertimana Eqau (1975) mengatakan “mendengar dengan baik-baik akan memberikan kaunselor sesuatu struktur empati yang tepat.”
Kaunselor juga digalakkan untuk mengembangkan perhatiannya ‘free floating’ iaitu keupayaan mendengar semua kata yang telah dikomunikasi. Kaunselor harus mendengar kesemua perkataan, metafora, volume, nada, suara, gerak isyarat dan kontak mata. Kesemua perhatian ini akan memberi maklumat yang penting dan berguna tentang pandangan atau pemikiran seseorang yang sedang menghadapi masalah. Oleh itu, kaunselor hendak menguasai kemahiran memberi perhatian dan mendengar secara ‘free floating’ daripada memikir apa tindak balas dan respons yang harus diberikan. Menurut Carkhuff dan Pierce (1975): Klien akan mengulang tema perbualannya dalam pelbagai persembahan, tema yang diulang akan meyakinkan kaunselor perkara yang diulang adalah usaha klien memberitahu kaunselor ‘yang mana dia benar-benar datang.’
Dalam proses mendengar dan memberikan respon kepada klien, para kaunselor juga perlu menunjukkan mereka berminat dan menggunakan bahasa badan yang sesuai. Kajian telah membuktikan ketiga-tiga faktor iaitu memberi perhatian termasuk kontak mata, gaya relaks dan respons boleh menggalakkan kecurahan perasaan dan mempunyai peneguhan yang kuat.


1.1.4 Kemahiran Mengendalikan Kesenyapan dan Membuat
     Interpretasi
Penyelidik-penyelidik telah membuktikan bahawa kesenyapan-kesenyapan dalam komunikasi dua hala bukan kerana tiada gerak balas (respons), tetapi mempunyai makna yang kompleks. Menurut Shostrom (1968), kesenyapan-kesenyapan ini mempunyai pelbagai makna yang berguna. Kajian juga menunjukkan kesenyapan akan membuat seseorang berucap, memberikan ruang untuk klien berfikir,  mengemas idea dan membuat refleksi. Misalnya, seseorang pelajar datang berjumpa kaunselor buat pertama kali, tetapi tidak berucap dan kesenyapan diteruskan buat sementara.
Di dalam situasi ini, kaunselor yang berpengalaman selepas menunggu kira-kira satu minit, akan memecahkan suasana kesenyapan itu dengan berkata: ‘mungkin anda masih cari idea bagaimana anda patut bermula. Bagaimanapun, saya akan dengar dengan hati terbuka bila-bila anda telah bersiap bermula.’ Dengan kata-kata demikian, perasaan empati mula dikesan oleh klien itu, dan kemungkinannya akan membawa dorongan untuk meluahkan masalah yang mengganggu fikirannya.
Di dalam kemahiran kaunseling, adalah penting bagi kaunselor membenarkan sedikit masa kesenyapan di antara komunikasi dua hala, tetapi tidak dibenarkannya tinggal agak lama, iaitu seelok-eloknya tidak lebih daripada satu minit. Di dalam situasi kesenyapan, kaunselor harus menggunakan kemahiran empati dengan menunjukkan kefahaman perasaan klien yang menghadapi masalah, demi mendorongkannya mudah mendedahkan perasaan secara lebih mendalam. Kadang-kala kesenyapan bermakna klien sedang membuat refleksi terhadap perkara yang telah dibincangkan tadi. Ia juga boleh bermakna gambaran takut, marah, letih, hormat, dukacita atau malu.
Kaunselor perlu memerhati komunikasi bukan lisan yang mengiringinya. Kadangkala, adalah wajar bagi kaunselor menyatakan secara langsung bahawa kliennya seolah-olah membimbang, merasa marah atau dukacita. Cara ini mungkin dapat mendorongkannya berucap lebih. Kadangkala, adalah perlu bagi kaunselor menjamin kerahsiaan komunikasi mereka, agar membolehkan klien merasa selamat untuk meneruskan perbulannya. Kadangkala, mengakui klien yang segan berucap mungkin membantu untuk memecahkan kesenyapan yang agak lama. Misalnya, ‘Anda merasa sukar untuk meneruskan  berucap kerana anda kurang yakin atau tidak percaya saya?’ atau ‘Anda segan berucap kerana anda marah kerana dipanggil berjumpa saya? Adakah ini fikiran anda’
Seseorang kaunselor hendaklah menyesuai diri dengan penghentian dan kesenyapan dalam komunikasi, kerana situasi ini seolah-olah memberitahu kliennya: ‘Saya sedang mendengar, saya bagi ruang anda berfikir dan membuat refleksi.’
Kesenyapan boleh diinterpretasikan sebagai tidak disetujui. Ini biasanya berlaku selepas klien mendedahkan peribadi diri, merasa cemas dalam masa menunggu respons daripada kaunselornya. Sekiranya kesenyapan diinterpretasikan sebagai menawarkan hati atau menyingkir, respons hendaklah mengelakkan. Misalnya, kaunselor boleh berkata: “mungkin sukar bagi anda mendedahkan masalah anda. Adakah anda kurang yakin bahawa saya tidak akan memahami perasaan anda?”
Di dalam situasi tertentu, jika klien tiba-tiba membisu, atau berhenti berucap dan memandang di sebelah, ia boleh diinterpretasikan bahawa klien itu tiba-tiba teringat sesuatu yang penting, misalnya mengingat kembali sesuatu peristiwa yang dia ragu sama ada patut dibongkar. Memecahkan kesenyapan di bawah situasi ini akan lebih membantu jika kaunselor respons dengan berkata: “Bagaimana anda memikir sekarang?”
Untuk mengendalikan kesenyapan dalam komunikasi, adalah perlu bagi kaunselor membenarkan kesenyapan singkat berlaku dalam peringkat awal. Sekiranya kaunselor kurang bersabar menunggu kesenyapan yang berlangsung beberapa saat tetapi terus memberi respons sebaik sahaja klien berucap, dia bukan sahaja mengulang respons ini dalam komunikasi yang berikutnya, tetapi juga kehilangan banyak maklumat yang berguna, dan kemungkinannya menamatkan sesi kaunseling lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

1.1.5 Menggunakan Bahasa Yang Sesuai
Kaunselor mesti menggunakan bahasa yang sesuai berhadapan dengan klien mereka. Selain itu, kaunselor perlu memastikan ibubapa diberitahu dalam bahasa yang mereka memahami mengenai pencapaian akademik dan perancangan masa depan murid-muird.
Bahasa kaunselor mesti “konsisten” dengan segala tindakan beliau. Contohnya, jika seorang kaunselor mengatakan, “ Saya sangat gembira untuk bercakap dengan kamu”, nada suara beliau dan pergerakan badannya mesti menyampaikan suasana positif tesebut semasa menerima kliennya.
Dalam peninjauan kemahiran menyoal, soalan ‘mengapa’ perlu dielakkan dalam kaunseling. Ini disebabkan soalan ini mungkin menjadi soalan bertumpu apabila klien menjawab ‘saya tidak tahu’. Jika jawapan sebegini diberi, seolah-olahnya klien tersebut tidak ingin meneruskan perbualan tersebut, kaunselor akan meletakkan diri dalam keadaan yang kurang selesa. Kaunselor boleh mengguna semi soalan bercapah seperti: ‘berapa lama anda merasa bosan ini? Atau yang lebih baik, soalan bercapah seperti: bolehkah anda memberitahu saya lebih lanjut tentang perasaan bosan yang anda sedang mengalami?
Penyoalan merupakan kemahiran penggunaan bahasa yang lebih jika berbanding dengan dorongan minimum. Tujuan dorongan minimum adalah untuk menggalakkan klien meneruskan ucapannya, dan kaunselor sedang mendengarnya. Dorongan minimum boleh dilakukan dengan berkata ‘jadi?’, ‘aha’, ‘Mm’, ‘oh’ dan sebagainya. Kadangkala soalan boleh dijadikan dorongan minimum, seperti, selepas penjelasan klien, soalan diberikan untuk membuka jalan bagi penerokaan tambahan.  Selain itu, gerak isyarat seperti mengangguk kepala atau menunjukkan isyarat tangan juga boleh menjadi dorongan minimum yang berkesan.

1.1.6 Kemahiran Memberi Tindak Balas Yang Sesuai
Tindakbalas yang akan dibincang di sini ialah parafrasa dan refleksi. Menurut Kamus Dewan 1998, Parafrasa ialah pengungkapan semula kandungan sesuatu tulisan karangan dan sebagainya dengan memakai kata-kata lain tanpa mengubah makna asalnya. Secara amnya, parafrasa mengulang kandungan yang telah diucap tetapi bukannya membuat ringkasan, manakala refleksi memfokuskan mengulang perasaan yang terkandung dalam ucapan. Contohnya, seorang pelajar merasa bimbang kerana menghadapi masalah dalam membuat pemilihan mata pelajaran elektif, kaunselor boleh beritahunya dengan berkata: ‘Anda seolah-olah menghadapi masalah membuat pemilihan.’ (memparafrasa) atau ‘Anda seolah-olah bimbang tentang membuat keputusan.’ (refleksi)
Dalam kaunseling, parafrasa merujuk kepada pengungkapan semula kandungan sesuatu dalam komunikasi lisan daripada seseorang klien. Ia bergantung penguasaan kemahiran mendengar serta kemahiran mengingat. Tujuan menggunakan parafrasa ini ialah bukan sahaja menunjukkan bahawa kaunselor sedang mendengar dengan teliti, tetapi juga memahami maksudnya dengan tepat. Yang penting sekali ialah parafrasa pula berfungsi mendorongkan klien meneroka perasanya lebih mendalam serta membina hubungan baik di antara kaunselor dengan klien. Kata-kata mula bagi parafrasa biasanya mengandungi kata-kata seperti: ‘Anda seolah-olah kata...’ manakala , kata-kata akhir biasanya mengandungi kata seperti: ‘Adakah ini betul?’ atau ‘Adakah fikiran saya betul?’

1.2 Implikasi Penggunaan Kemahiran Komunikasi Dalam
    Hubungan  Interpersonal Yang Berkesan
Nilai-nilai dasar yang mengasaskan kaunseling dan penggunaan kemahiran kaunseling ialah integriti, keadilan dan kehormatan.
Seorang guru kaunselor perlu memberikan respons yang mesra serta sikap menyokong, boleh dipercayai dan bergantung, tindakan seragam, tidak berhujah dan rela menerima dan menghormati klien atau pelajarnya.
Tanggungjawab seorang guru kaunselor adalah perlu berusaha menguasai kemahiran-kemahiran melayan dan berkomunikasi, memberi respons yang berkesan dan mempertimbangkan bagaimana membentuk sesuatu situasi dan iklim yang kondusif.
Guru kaunselor harus peka terhadap perkara-perkara seperti keadaan fizikal, had-had kerahsiaan, tahap keupayaan diri dan keadilan.

1.3 Halang-halangan Dalam Komunikasi Interpersonal
Terdapat lima halangan dalam komunikasi interpersonal iaitu halangan fizikal, halangan psikologikal, halangan persekitaran, halangan social dan halangan bahasa. Halangan fizikal merupakan benda-benda fizikal yang menganggu proses komunikasi seperti tempat perjumpaan yang tidak selesa, bunyi telefon ataupun bunyi laluan keretapi akan menyebabkan maklumat yang penting terhilang. Contohnya, keadaan bilik kaunseling yang terlalu panas atau sejuk akan menyebabkan kaunselor dan klien berasa tidak selesa lalu menghalang keberkesanan proses kaunseling.
             Halangan persekitaran merujuk kepada aktiviti-aktiviti sekeliling mempengaruhi corak dan kemahiran interpersonal dalam proses kaunseling. Sebagai contoh, persekitaran yang bising mempengaruhi proses bimbingan dan kaunseling dijalankan dengan berkesan. Tambahan pula, persekitaran yang menggalak tingkah laku sosial pasif, persekitaran di mana murid-murid disuruh membuat kerja sekolah yang terlalu sukar juga mengakibatkan halangan proses komunikasi yang berkesan.
             Kaunselor juga perlu mengambil berat keperluan sosial dan corak komunikasi yang berlainan terhadap kumpulan sosial yang berlainan kerana mereka mempunyai adat, peraturan, kepercayaan, latarbelakang dan pendidikan yang berbeza. Justeru itu, kaunselor perlu menghormati, memuji budaya dan peka kepada adat resam klien-kliennya yang berbeza dengan menggunakan perkataan, ekspresi yang tepat supaya halangan sosial dapat dielakkan.
              Kelancaran bahasa sangat penting semasa dalam sesi bimbingan dan kaunseling. Jika seseorang kaunselor tidak mengamalkan kelancaran bahasa, kliennya mungkin berasa kekeliruan ataupun maklumat tidak disampaikan dengan jelas. Ini akan menjadi salah satu halangan komunikasi semasa dalam proses bimbingan dan kaunseling.

1.4 Jenis Bimbingan: Individu dan Kelompok
1.4.1 Bimbingan Individu
Menurut Cottle dan Downie (1970), kaunseling di bawah bimbingan secara individu merujuk kepada proses perbincangan di antara seorang kaunselor dan seorang kliennya, di mana kaunselor berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapi, sehingga dia membuat pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah.
  Menurut Blackhma (1977), kaunseling secara individu sebagai hubungan kerjasama yang unik di antara seorang kaunselor dan seorang klien yang akan diberi peluang menghayati, berfikir dan berubah mengikut cara yang boleh memberinya manfaat.
  Menurut Shertzer dan Stone (1981), kaunseling secara individu sebagai proses interaksi yang menyediakan hubungan bermakna di antara diri dengan persekitaran dan menghasilkan pencapaian matlamat serta mewujudkan nilai-nilai untuk tingkah laku pada masa kelak.
  Di peringkat sekolah, bimbingan secara individu merujuk kepada proses perhubungan bersemuka di antara seorang pelajar dengan seorang guru bimbingan yang menyediakan peluang untuk sesuatu situasi temu bual dengan tujuan membantu palajar berkenaan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi, dan seterusnya membuat pemilihan daripada alternatif-alternatif yang disarankan, dengan harapan dapat membantu pelajar menyelesaikan masalah diri sendiri.
 Alternatif-alternatif dibahagikan kepada tujuh peringkat iaitu membina hubungan, penerokaan, mengenal pasti masalah, pemilihan strategi, mengambil tindakan, membantu rumusan dan mengambil tindakan susulan.
 Tujuan-tujuan bimbingan dan kaunseling individu ialah untuk menjalin hubungan baik di antara kaunseling dengan klien. Seterusnya, membantu pelajar membina kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan masalahnya. Selain itu, kaunseling juga dapat pmembantu pelajar supaya membuat keputusan secara rasional dan pratikal serta cara menyelesaikan masalah dengan berkesan atau mencegah masalah kritikal menimbul atau mengubah tingkah laku negatif kepada positif.         
Masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh klien adalah masalah psikologi ataupun masalah akademik seperti maslah perhubungan keluarga, kebimbangan, masalah pemakanan,kemurungan dan sebagainya.
           


1.4.2 Bimbingan Secara Kelompok
Bimbingan secara kelompok adalah sesuai digunakan di mana apabila guru bimbingan mendapati bahawa terdapat ramai pelajar di sekolahnya menghadapi masalah yang serupa. Biasanya, satu kumpulan kaunseling kelompok terdiri daripada lima hingga lapan murid yang di bimbing oleh seorang guru kaunselor. Bentuk-bentuk khusus bimbingan kelompok seperti home room, diskusi kelompok, kegiatan kelompok,organisasi penuntut, sosiodrama, psikodrama dan remedial teaching jumhur dan Surya, ( 1957 ). 
 Menurut C.A. Mahler dan E. Caldwell dalam buku mereka yang bertajuk Group Counseling In Secondary Schools, menghuraikan kaunseling kelompok sebagai ‘proses sosial tentang masalah perkembangan dan sikap para pelajar di bawah keadaan terkawal. Isi kandungan kaunseling kelompok merangkumi keperluan dan minat bersama di kalangan kebanyakan pelajar.
 Carl Rogers (1970) menjelaskan kaunseling di bawah Bimbingan Kelompok sebagai orientasi permasalahan dan proses pemulihan untuk merasionalisasikan setiap orang pelajar mengikut kehendak kumpulannya.
  Menurut Dyer dan Vocind (1973), kaunseling kelompok sebagai perubahan sosial dan psikologi setiap orang individu, iaitu mengubah tingkah laku dan pengalamannya dengan individu yang lain serta persekitarannya.
  Bimbingan dan kaunseling kelompok di peringkat sekolah merupakan proses mencari alternatif untuk membantu sekumpulan pelajar yang menghadapi masalah yang serupa, sama ada dalam bidang akademik atau bidang sosial. Teknik yang biasanya digunakan untuk melaksanakan proses bimbingan dan kaunseling secara kelompok ialah pemerhatian atau soal selidik dalam peringkat pembentukan kumpulan, seterusnya sesi sumbangsaran iaitu orientasi dan pendedahan diri, konflik dan pertentangan, perkembangan hubungan yang rapat dan integrasi, mengusulkan alternative penyelesaian masalah, membuat keputusan berdasarkan rumusan dan akhirnya membuat tindakan susulan.

             Sebagai kesimpulan, kemahiran-kemahiran komunikasi interpersonal adalah sangat penting kepada seseorang kaunselor. Ia bukan sahaja melicinkan proses bimbingan dan kaunseling, manakala keberkesanan atau keberjayaan proses bimbingan dan kaunseling adalah bergantung dengan kemahiran komuikasi interpersonal guru kaunseling tersebut.

RUJUKAN
Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh. ( 2012 ). Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Psikologi, Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng.  ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling, 2nd ed., Shah Alam, Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. ( 2003 ). Ilmu Pendidikan KPLI,Subang Jaya, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Zulkifli Yusuf.  ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Zuraidah Abdul Rahman. ( 1996 ). Pengenalan Kaunseling Kelompok, 2nd ed., Petaling Jaya, Selangor : IBS Buku Sdn. Bhd.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Motivasi


Nama : Fong Mei Yen        840929-01-5052

Konsep Motivasi

            Secara umumnya, motivasi merujuk kepada kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat mempengaruhi tingkah lakunya. Ia bermaksud kehendak diri sendiri yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu. Bagi menerangkan konsep motivasi secara lebih lanjut lagi, terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengikut beberapa pengertian daripada beberapa tokoh. Menurut H.W. Bernard, dalam bukunya Psychology of Learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat. Manakala menurut Crow dan Crow (1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Pada tahun 1986 pula, menurut Sharifah alwiah Alsagoff, beliau menghuraikan bahawa motivasi sebagai perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut.
       Maka dalam pengajaran bilik darjah, motivasi merupakan unsur penting untuk mengekalkan minat murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pembelajaran. Guru pula sentiasa menghadapi cabaran untuk membangkit, menggerak dan mengekalkan minat murid-murid dalam pembelajaran untuk menghasilkan tingkah laku yang sesuai. Dalam motivasi terdapat unsur yang penting fungsinya sebagai perangsang iaitu insentif dan motif. Insentif yang dimaksudkan di sini adalah sebagai galakan yang dapat mendesak seseorang itu supaya bertindak untuk mendapatkan ganjaran. Misalnya, gaji merupakan insentif bagi seseorang bekerja. Manakala motif adalah unsur yang mengalakkan seorang individu dan mendorongnya untuk mencapai sesuatu matlamat walaupun melalui satu tempoh masa yang lama. Dalam situasi pembelajaran, motif dapat membangkitkan dorongan dalaman seseorang murid turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Misalnya, keperluan, minat, sikap dan emosi yang mungkin lahir semula jadi atau berpandu kepada pengalaman dan kehendak persekitaran.  
            Terdapat dua jenis motivasi yang dapat diklasifikasikan iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah diwujudkan semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia biasanya terdiri daripada dorongan dan minat seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Menurut Bruner (1966), motivasi intrinsik mempunyai kaitan yang rapat dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan sebagai motivasi intrinsik diwujudkan secara semulajadi. Terdapat pula motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Misalnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah daya gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya.
            Manakala, motivasi ekstrinsik pula adalah diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Motivasi intrinsik ini boleh dirangsangkan dalam bentuk-bentuk seperti memberi peneguhan positif seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorongkan mereka belajar. Misalnya, “Anda bagus”, Tahniah, hasil seni anda kemas!”,pemberian bintang dan sebagainya, akan mendorong murid untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti hasil murid.
            Oleh itu, boleh diringkaskan di sini, bagi murid yang memiliki motivasi intrinsik yang tinggi akan lebih puas dan gembira setelah berjaya menyelesaikan sesuatu permasalahan dan tidak bergantung atau mengharapkan sebarang ganjaran dan hadiah. Ini berbeza dengan motivasi ekstrinsik yang menekankan ganjaran kebendaan yang diberikan oleh guru untuk meningkatkan pencapaian keseluruhan murid pada hujung tahun. Adalah digalakkan guru perlu menggunakan lebih banyak peneguhan motivasi intrinsik berbanding dengan motivasi ekstrinsik bagi mencapai tingkah laku positif di kalangan murid.
           
1.Teori-teori Motivasi

1. 1 Teori Keperluan : A.H.Maslow

            Terdapat beberapa pendekatan dan teori-teori pembelajaran yang berkaitan motivasi dan memainkan peranan penting dalam  P&P. Pertama sekali adalah Teori Keperluan A. H. Maslow. Secara umumnya, teori ini telah diperkenalkan popular, di mana Abraham H. Maslow (1970) berpendapat bahawa seorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Sebagai contoh yang lebih jelas, manusia akan memenuhi lima keperluan asas yang berada di asas heirarki keperluan Maslow iaitu, Fisiologi, Keselamatan, Kasih Sayang, Penghargaan kendiri dan Kognitif. Seseorang individu akan mengejar keperluan estetik setelah kelima-lima keperluan asas dipenuhi.
            Oleh yang sedemikian, boleh dirumuskan di sini bahawa, motivasi yang disebutkan dalam Teori Keperluan sebenarnya ialah motivasi intrinsik. Ini kerana motivasi intrinsik ini merupakan kuasa dalaman yang berada dalam perkembagan fisiologikal dan psikologikal manusia. Maslow berpendapat kuasa dalaman ini mendorongkan manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau rangsangan luar. Oleh itu, untuk mencapai objektif pelajaran, guru harus mempertimbangkan keperluan asas pelajar telah dipenuhi. Guru perlu memastikan bilik darjah kondusif agar pelajar merasa seronok, gembira, harmonis dan selamat melibatkan diri dalamnya.


2. Pendekatan dan teori-teori berkaitan motivasi kesan dan implikasinya

2.1 Pendekatan dan Teori-teori Motivasi
            Secara keseluruhannya, teori motivasi adalah berkaitan rapat dengan beberapa teori pembelajaran dalam tiga mazhab. Iaitu mazhab behavoris, mazhab kognitif dan mazhab humanis.   

            Ahli-ahli psikologi mazhab behavoris berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Hasil dari kajian mereka menunjukkan perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan menggunakan  motivasi yang sesuai. Oleh itu, dari kajian yang dirumuskan oleh para pengkaji, maka saya dapat membuat sedikit rumusan bahawa, sesuatu rangsangan yang diikuti dengan perasaan kepuasan akan mengekalkan pengulangan tingkah laku, manakala sesuatu rangsangan yang diikuti dengan perasaan yang kurang selesa akan menghentikan pengulangan tingkah laku.
            Terdapat dua Teori yang dapat dikategorikan dalam pendekatan behavoris ini, iaitu Tiga Hukum Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner. Dalam Teori Tiga Hukum Thorndike (1911), beliau telah berjaya membentuk tiga hukumnya, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Dalam hukum kesediaan ini, boleh dirumuskan bahawa bagi murid yang menerima rangsangan motivasi, maka pembelajaran mereka akan bekesan dan memuaskan. Sebaliknya, bagi murid yang tidak menerima rangsangan, maka pembelajaran mereka tidak akn berkesan.
            Seterunya, masih dalam Teori Tiga Hukum Thorndike, iaitu Hukum Latihan, di mana terdapat pertalian atau hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Misalnya, gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan kerap kali. Ini jelas dilihat semasa latihan atlet dijalankan iaitu sekiranya seseorang atlet rajin menjalankan latihan acaranya, maka lama-kelamaan prestasinya juga akan meningkat. Oleh itu, ini secara tidak langsung telah menambah motivasi dirinya. Akhir sekali, adalah Hukum Kesan, di mana dipercayai bahawa terdapat pertalian antara rangsangan dan gerak balas sekiranya dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Sebaliknya, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, maka gerak balas tersebut akan lenyap.
            Jadi, terdapat beberapa ilmplikasi Teori Thorndike dalam Pengajaran-Pembelajaran. Pertama sekali adalah bagi meningkatkan tahap kesediaan belajar, maka guru harus menggunakan motivasi yang sesuai. Kedua, untuk mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murid maka guru adalah dicadangkan untuk membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Di samping itu, juga digalakkan ganjaran atau peneguhan yang sesuai perlu diberi kepada muri yang menberi respon atau gerak balas yang betul.  
            Kedua, ialah Teori Pelaziman Operan Skinner, iaitu kajian yang dihasilkan oleh Skinner ke atas tikus, burung merpati dan manusia pada tahun 1953. Berdasarkan hasil kajian, Skinner membuat beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia iaitu, pembelajaran berlaku melalui pelaziman, peneguhan positif akan menambahkan kebarangkalian gerak balas murid sebaliknya peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang tidak diingini. Oleh itu, implikasi teori ini ialah mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial yang digunakan untuk memotivasikan murid supaya mengulangi tingkah laku yang diingini. Menurut beliau, tanpa ganjaran, insentif atau peneguhan sosail, tingkah laku yang dingini akan beransur-ansur lenyap.
            Ketiga pula ialah, Jenis Motivasi Cox. Menurut Cox (1991), motivasi merupakan desakan yang boleh mempengaruhi dengan tujuan perubahan tingkah laku melalui manipulasi persekitaran yang terancang. Jenis Motivasi Cox ini dapat dilasifikasikan kepada dua kategori iaitu motivasi asas, iaitu desakan daripada diri sendiri, manakala motivasi sekunder adalah desakan daripada pengaruh luaran yang tidak ada kaitan secara langsung dengan motivasi diri sendiri.

2.1.2 Pendekatan Mazhab Kognitif dengan Motivasi : Ingin Tahu

            Dalam teori pembelajaran mazhab kognitif, telah menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah berdasarkan peringkat umur dan kebolehan murid.  Adalah dipercayai bahawa motivasi pencapaian dengan kecemerlangan boleh dipupuk melalui proses pembelajaran. Mengikut hasil kajian, tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh cara seseorang individu mengamati sesuatu rangsangan. Rangsangan yang kurang menarik adalah sukar untuk menimbulkan motivasi dengan berkesan. Oleh itu, pendekatan kognitif menekankan penggunaan naluri ingin tahu dan pencapaian individu sebagai motivasi dalam proses pembelajaran. Antara tokoh-tokoh mazhab kognitif yang mengaitkan motivasi dengan pembelajaran mereka ialah Jerome Bruner, McClelland dan Atkinson.  
            Dalam Teori Bruner, ia menekankan cara-cara manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman. Beliau menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Menurut Bruner lagi, konsep atau kategori sepatutnya mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan objek itu dengan objek yang lain. Ciri-ciri objek ini boleh berbentuk kriteria yang relevan dan yang tidak relevan. Misalnya, kriteria keupayaan berfikir secara analitis dan kritis yang ada pada manusia dapat membezakannya daripada haiwan. Manakala kriteria yang tidak relevan ialah warna mata. Warna mara tidak boleh membezakan lelaki daripada perempuan atau manusia daripada haiwan.
            Seterusnya adalah Teori Keperluan Pencapaian McClelland. Teori dari kajian McClelland (1961, 1985) mengatakan setiap murid mempunyai motivasi untuk mencapai kejayaan tetapi dengan keperluan yang berbeza. Menurut McClelland, ada tiga hal yang melatar belakangi motivasi seseorang iaitu The Need for Achievement (n-ach), kebutuhan akan prestasi atau pencapaian iaitu orang yang memiliki n-ach tinggi biasanya selalu ingin menghadapi tentangan baru dan mencari tingkat kebebasan yang tinggi. Sebab-sebab seseorang memiliki n-ach yang tinggi di antaranya adalah pujian akan kejayaan yang dicapai, perasaan positif yang timbul dari prestasi dan keinginan untuk menghadapi tentangan.
            Seterusnya adalah  The Need for Authority and Power (n-pow), kebutuhan akan kekuasaan. Kebutuhan ini didasari oleh keinginan seseorang untuk mengatur atau memimpin orang lain. Menurut McClelland, ada dua jenis kebutuhan akan kekuasaan iaitu peribadi dan sosial. Contoh dari kekuasaan peribadi adalah seorang pemimpin perusahaan yang mencari posisi lebih tinggi agar dapat mengarah orang lain dan mengarahkan ke mana perusahaannya akan bergerak. Sedangkan kekuasaan sosial adalah kekuasaan yang misalnya dimiliki oleh pemimpin seperti Nelson Mandela, yang memiliki kekuasaan dan menggunakan kekuasaannya tersebut untuk kepentingan sosial, seperti misalnya perdamaian. Tambahan lagi, kebutuhan yang seterusnya adalah The Need for Affiliation (n-affil), kebutuhan akan Afiliasi atau Keanggotaan yang didasari oleh keinginan untuk mendapatkan atau menjalankan hubungan yang baik dengan orang lain. Orang merasa ingin disukai dan diterima oleh sesamanya.
            Teori motivasi yang seterusnya dalam mazhab kognitif ialah Teori Motivasi Pencapaian Atkinson. Dalam teori ini, menyatakan bahawa motivasi pencapaian boleh berlaku disebabkan dua motif iaitu motif untuk mencapai kejayaan dan motif untuk mengelak kegagalan. Individu yang mempunyai motif mencapai kejayaan memerlukan persaingan dan keseronokan. Oleh itu, pada pendapat saya, semasa P&P dijalankan maka guru-guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti yang berunsur persaingan, ini bukan sahaja dapat menarik minat para pelajar, yang penting lagi ialah meningkatkan motivasi pencapaian individu, terutamanya bagi individu yang optimistik iaitu individu yang berorientasi pencapaian yang mengejar kejayaan dalam sebarang perkara.

2.1.3  Pendekatan Mazhab Sosial dengan Motivasi

            Dalam pendekatan mazhab sosial terkandung beberapa teori dalamnya. Pertama sekali adalah motivasi dengan Self-efficacy yang dicipta oleh Bandura (1986), menjelaskan keadaan yang berkaitan dengan keyakinan individu tentang kemampuannya untuk melakukan sesuatu tugasan dengan berkesan. Teori ini menegaskan bahawa self-efficacy adalah mekanisme kognitif yang menjadi pengantara motivasi, corak pemikiran dan tingkah laku. Self-efficacy adalah pertimbangan individu terhadap kemampuannya beraksi dalam apa tahap sekalipun, serta merupakan hasil daripada proses pengaruh kendiri yang kompleks berdasarkan beberapa ciri.
            Antara ciri-cirinya adalah perlakuan atau prestasi yang berjaya. Di mana maklumat keupayaan diri diperoleh melalui pengalaman masteri individu dalam bidang yang diceburi. Jika individu melihat pengalaman tersebut sebagai berjaya mencapai tahap masteri, maka keupayaan diri akan meningkat. Dalam konteks sukan dan aktiviti fizikal, perlakuan atau prestasi yang berjaya adalah cara yang paling penting dalam proses untuk meningkatkan self efficacy individu. Seterusnya adalah pengalaman lalu, di mana pengaruh terhadap keupayaan boleh ditingkatkan jika perbandingan dibuat dengan individu yang mempunyai kebolehan atau pengalaman yang lebih rendah terhadap situasi yang sama. Pujukan atau dorongan yang meyakinkan boleh diperoleh secara verbal, percakapan kendiri, serta strategi kognitif yang lain. Status fisiologi juga boleh memberi maklumat mengenai keupayaan  seseorang melalui penilaian kognitif yang dilakukan terhadap sesuatu situasi.
            Seterusnya adalah Lokus Kawalan Rotter yang diperkenalkan oleh Rotter (1996), merujuk kepercayaan seseorang individu terhadap perhubungan di antara tingkah lakunya dengan ganjaran atau hukuman. Julian Rotter menyatakan bahawa secara amnya terdapat ada dua jenis manusia. Perbezaan ini berlaku mengikut cara individu itu dibesarkan. Lokus kawalan adalah persepsi individu kepada sebab-penyebab kepada peristiwa yang dilalui mereka sepanjang hidup. Ada individu yang berfikir bahawa mereka mempunyai daya untuk mengawal untung nasib kehidupan mereka dan ada pula yang berfikir bahawa kehidupan mereka dikawal oleh orang lain dan bergantung pada nasib. Kelakuan kita dan reaksi kita kepada sesuatu hal bergantung pada lokus kawalan luaran dan lokus kawalan dalaman
            Bagi individu yang bersifat lokus kawalan dalaman iaitu mereka yang bertanggungjawab kepada kehidupan mereka sendiri dan akan melakukan apa yang mereka rasa sesuai untuk diri mereka sendiri. Jenis individu ini jelas dapat dikesan dalam kehidupan kita misalnya, individu yang mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang lebih sihat dan mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik. Golongan individu ini juga sering memberikan pujian, memberi sokongan kepada segala apa yang mereka lakukan dan biasanya tidak bersikap autoritatif.
            Bagi individu yang bersifat Lokus Kawalan Luaran pula, mereka sering bergantung kepada sumber luaran, seperti nasib dan kemahuan dan harapan ibu bapa yang autoritatif. Biasanya, golongan individu ini percaya keadaan di persekitaran mereka, dan tidak mempunyai motivasi diri yang tinggi. Mereka juga akan bertindak kurang keyakinan dalam pelbagai pencapaian.

2.2 Faedah Motivasi dalam Pembelajaran

            Mamandangkan motivasi memainkan peranan yang amat penting dalam P&P para pendidik. Maka di sini terdapat beberapa faedah yang dapat saya berkongsi bersama. Pada pandapat saya, faedah pertama sekali adalah menarik perhatian murid. Bagi murid-murid yang mempunyai motivasi tinggi akan sentiasa memberi perhatian terhadap penyampaian dan aktiviti guru. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk menarik minat murid dengan menggunakan pelbagai rangsangan seperti: nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita rakaman, video dan permainan-permainan kecil semasa P&P dijalankan. Cara ini amat disarankan dalam Teori Pengajaran Bruner, di mana teori ini mengatakan bahawa pengajaran harus menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari.
            Seterusnya, motivasi yang bersesuaian akan meningkatkan semangat persaingan yang sihat antara individu. Persaingan yang sihat ini adalah bagus bukan sahaja akan meningkatkan persaingan diri sendiri ini secara tidak langsung dapat memotivasikan individu supaya terus berusaha demi mencapai kemajuan diri. Misalnya, guru yang memberi kuiz, ujian kecil serta permainan-permaianan kecil, ini sebenarnya dapat merangsang murid melalui permainan yang diadakan itu. Dari situ, murid dapat melahirkan semangat tidak kalah jadi harap dengan kekerapan permainan sebegini, murid juga akan mengaplikasikan sikap yang terus berjuang demi kejayaan ini dalam pencapaian akademik dan kehidupan sehariannya.
            Pemberian motivasi yang bersesuaian juga akan menghasilkan pembelajaran yang menggembirakan. Keadaan ini jelas dilihat terutama sekali bagi murid kelas yang lemah pencapaian. Di mana, dengan pemberian motivasi seperti ganjaran, pujian dan hadiah atas pencapaian kemajuan murid, ini secara tidaka langsung dapat merangsang semangat ingin terus maju ke depan. Sebenarnya, bukan setakat kebendaan sahaja diberikan tetapi kadang-kala sentuhan pada kepala, tepukan pada bahu ataupun teguran-teguran yang rasional dan ikhlas yang diberikan oleh guru kepada murid juga akan merapatkan hubungan. Bukan ini sahaja, minat murid terhadap matapelajaran tersebut juga akan ditingkatkan. Oleh itu, dengan penambahan minat terhadap matapelajaran tersebut, maka keberkesanan P&P juga dapat ditingkatkan.

 2.3 Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

            Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pembelajaran murid biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabaran tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain. Maka guru boleh memberikan motivasi bagi setiap peringkat dalam P&P.
            Bagi sesi sebelum memulakan P&P, guru-guru mesti membuat perancangan yang sistematik dengan mengambilkira soalan-soalan yang ingin ditanya dan alat bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian dan mencukupi. Guru mesti membuat persediaan yang rapi supaya sepanjang penyampaian P&P guru berada dalam keadaan yang menyeronokkan.
            Semasa proses P&P dijalankan pula, guru-guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memperkenalkan sesuatu topik. Pengajaran yang melibatkan murid akan meningkatkan motivasi murid. Sekiranya murid-murid dapat memahami tentang apa yang disampaikan, maka murid-murid akan mempunyai motivasi intrinsik terhadap pembelajaran.
            Selepas proses P&P pula, dengan adanya penambahan motivasi, murid-murid patut diberi masa untuk membuat renungan atau refleksi. Ini kerana, proses refleksi ini dapat membantu mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka. Antara motivasi yang boleh diwujudkan adalah seperti maklumbalas hasil daraipada penilaian kemajuan pembelajaran murid-murid, akitiviti lanjutan untuk mengukuhkan pembelajaran serta sikap keprihatinan guru-guru terhadap keperluan murid-murid.

Kesimpulan

   Secara kesimpulannya, motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau mencapai sesuatu tujuan. Motivasi juga bisa dikatakan sebagai rencana atau keinginan untuk menuju kejayaan dan menghindari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah sebuah proses untuk tercapainya suatu tujuan. Seseorang yang mempunyai motivasi bererti ia telah mempunyai kekuatan untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan.
Adalah dipercayai bahawa setiap manusia adalah lahir dari personaliti dan persekitaran yang berbeza. Maka sebagai pendidik yang berprofesional amatlah penting untuk mengenali teori-teori motivasi ini, agar dapat mengaplikasikan segala kemahiran dan ilmu yang berkaitan semasa penyampaian P&P. Saya percaya bahawa, sekiranya seseorang guru dapat memahami muridnya bukan dari segi fizikal bahkan juga dari dalaman, ini secara tidak langsung dapat membantu guru untuk membuat perancangan mengajar yang bersesuaian dan guru juga dapat menggunakan kaedah yang betul semasa berinteraksi dengan anak murid mereka.                      
Justeru, guru merupakan pembina bangsa negara yang penting, yang merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan hasrat negara iaitu melahirkan modal insan yang berguna demi mencapai Wawasan 2020.

 Bibliografi:

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Amir Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 1 & 2 Sekolah Rendah Psikologi Pendidikan & pedagogi). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan. Oxford Fajar Sdn Bhd.


Teori Dan Strategi Pengajaran Pembelajaran. Retrieved 27 Ogos 2012 http://ilyasak.blogspot.com/2008/11/teori-dan-strategi-pengajaran.html

Murid dan Alam Belajar : Bab 6 : Motivasi dan PBab 6   Motivasi dan Pembelajaran Monday, 23 May 2011.Retrieved 27 Ogos 2012 from thehttp://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-6-motivasi.html










           


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

terapi-terapi kaunseling dan bimbingan


Nama: Kong Nee Ping  820705-08-5774

1.0 Definisi terapi
Terapi berasal daripada perkataan Greek iaitu "Therapeia" yang bermaksud satu perkhidmatan, satu kehadiran yang berkait dengan perkataan Greek (kata kerja) "therapeuo" yang bermaksud "i wait upon". Oleh itu, terapi adalah satu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit. Secara amnya, terapi ialah kaedah-kaedah untuk mengubati penyakit atau masalah tubuh badan dan sebagainya.
 Menurut kamus perubatan Mosby (2001), terapi didefinisikan sebagai rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit dengan tujuan mengembalikan kefungsian badan secara normal. Dalam konteks pendidikan pula, terapi dapat didefinisikan sebagai kaedah untuk membantu seseorang individu untuk bergerak-balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran-kemahiran yang tertentu.
Saya akan tumpuan terapi saya kepada enam terapi yang pentinga iaitu: terapi bermain, terapi muzik, terapi bercerita, terapi seni dan terapi biblio.

2.0 Terapi Bermain
Menurut Kraus 1990, bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.
Carr pula dalam teorinya mengatakan bahawa main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing.
Dari aspek psikologi pula, terapi main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar.
Terapi main membantu murid mununjukkan komitmen dan fokus yang sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan.
Terapi permainan adalah suatu terapi interaksi sosial yang menyediakan kesempatan untuk belajar keterampilan sosial-emosional dan meningkatkan ketahanan emosional. Sementara kebanyakan anak belajar keterampilan sosial dari mengamati orang lain atau melalui instruksi yang eksplisit, yang lain belum belajar atau tidak menerapkan keterampilan sosial pro dan memerlukan pengajaran tambahan, latihan dan pembinaan. Kecenderungan alami anak-anak untuk bermain menyediakan cara yang sangat memotivasi untuk melibatkan mereka dalam belajar keterampilan sosial pro. Anak-anak cenderung dengan peribadi yang menyelesaikan masalah dengan agresi, kurangnya persahabatan, pengurusan kemarahan dan pembohong.
Kemajuan permainan pada pengembangan keterampilan dan kompleksitas dengan fokus yang kuat pada intervensi awal, mulai dari usia 4-14. Permainan dapat digunakan secara beturutan selama enam sampai lapan minggu dan satu sesi untuk menutup keterampilan tertentu. Anak-anak muda akan mulai dengan permainan ‘Persiapan Bersama’ dan bekerja dengan  ’Teman yang Ramah’ dan mungkin untuk ‘Pemikir Ulang’.
Anak-anak berusia lapan atau sembilan atau yang lebih tua akan mulai dengan ‘Teman yang Ramah’, Pengusik ‘atau Pemikir ulang, tergantung pada pengembangan keterampilan yang diperlukan. Permainan dapat digunakan dengan individu, kelompok atau anak-anak seluruh kelas.

3.0 Terapi Muzik
            Terapi muzik adalah alternatif dalam rawatan moden dan satu bidang profesional yang menggunakan muzik bertujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal. Ia adalah satu teknik klinikal dan evidence -based yang dijalankan oleh pakar dan berdasarkan kepada fakta-fakta hasil kajian.. Muzik adalah satu getaran tenaga bunyi dimana getaran tenaga bunyi bergetar pada tahap-tahap berbeza. Tenaga yang serupa juga wujud dalam tubuh dan minda kita. Sekiranya getaran tenaga bunyi boleh bergetar seiringan dengan tenaga dalam badan kita, muzik boleh dianggap sebagai ubat yang memulihkan.
             “Sejarah terapi muzik telah termaktub sejak zaman purba. Di mana sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang” (http://ms.shvoong.com/huminities/musicology).
            Terapi muzik adalah berkesan untuk meningkatkan atau menyediakan suasana yang lebih tenang. Selain itu, terapi muzik juga melegakan keresahan, kemurungan dan meringankan stress. Terapi muzik membantu klien (pesakit ) yang mempunyai masalah berkaitan emosi  untuk meneroka serta menyelami perasaan mereka sendiri. Melalui cara ini mereka dapat  melakukan perubahan yang positif  terhadap tingkah laku. Selain itu, klien juga dapat mempraktikkan penyelesaian masalah yang secara tidak langsung merungkaikan dan menyelesaikan konflik mereka.
Rawatan terapi muzik dapat memperkukuhkan kemahiran berkomunikasi dan juga kemahiran koordinasi fizikal. Fungsi mental dan fizikal juga dapat dipertingkatkan dan diperbaiki apabila kaedah rawatan ini digunakan kepada mereka yang mempunyai masalah berkaitan saraf dan masalah pertumbuhan.
Muzik dapat mengalihkan kesakitan pesakit, menyedari hal itu penggunaan terapi muzik digunakan secara lebih meluas di hospital-hospital  dan klinik bersalin untuk mengurangkan tekanan dan kesakitan ketika ibu ingin melahirkan bayi. Selain itu, terapi muzik juga berkesan untuk mereka yang menderita sakit kepala atau migrain.
Terapi muzik dapat meningkatkan kualiti hidup kepada pesakit-pesakit yang Alzheimer dan penyakit yang hampir serupa. Cara ini sangat berguna kepada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran , masalah pertuturan dan komunikasi  di mana terapi muzik amat membantu golongan yang kurang bernasib baik ini.
Kajian menunjukkan bahawa keberkesanan teknik terapi muzik memberi relaksasi secara fisiologi dan psikologi.
Jellison 1975, mendapati muzik latar dapat mengurangkan stress dan membantu dalam proses relaksasi.
Scartelli & Borling, 1986 membantu proses relaksasi dengan teknik biofeedback.
Hanser 1998, mendapati kajian literature menggunakan keberkesanan muzik dalam relaksasi.
American Music Therapy Association (2009), terapi muzik sebagai penggunaan intervensi muzik berasaskan klinikal dan bukti untuk mencapai matlamat individu dalam perhubungan antara terapeutik oleh professional yang mempunyai kredential yang telah menamatkan program terapi muzik yang diiktirak.
Satu tinjauan yang dijalankan di Amerika Syarikat ke atas penuntut kolej menunjukkan bahawa tahap kecerdikan dapat dipertingkatkan dengan mendengar muzik gubahan Mozart. Muzik penggubah termasyur itu berupaya menurunkan denyutan jantung dan membuat anda bersantai.

4.0 Terapi Bercerita
            Terapi bercerita ialah suatu aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa dengan perkataan, imej dan suara. Elemen-elemen penting yang terkandung dalam cerita ialah plot, watak-watak serta pandangan dan nilai-nilai murni.
            Nilai-nilai moral yang terkandung dalam cerita, dan kanak-kanak yang mempunyai motivasi instrinsik yang suka mendengar cerita, terapi bercerita merupakan pendekatan yang paling berkesan untuk kaunseling kanak-kanak  yang mempunyai tingkah laku bermasalah.
                        Kegunaan cerita untuk terapi ialah cerita menggambarkan hidup emosi dalaman. Cerita merangkumi pengalaman emosi. Mereka memberi kanak-kanak perkataan yang diperlukan untuk menyatakan perasaan dan konteks untuk mereka memahami perasaan tersebut. Dengan mendengar cerita, kanak-kanak menjadi lebih yakin, kreatif dan cergas sewaktu menghadapi masalah harian.
Di samping itu, menndengar cerita dapat menyediakan pengalaman hadapan. Bercerita dengan teknik yang berkesan atau melibatkan secara keseluruhan minda, deria dan emosi pendengar, seakan-akan hidup sering dengan dunia cerita itu. Kesannya, pendengar lebih bersedia untuk menghadapi situasi yang serupa dalam kehidupannya.
            Selain itu, cerita dapat mengajar cara penyelesaian masalah secara kreatif. Lazimnya, cerita mengandungi masalah atau konflik yang harus diselesaikan. Cerita membawa pendengar menghayati setiap langkah untuk menyelesaikan masalah konflik tersebut. Cara ini mengajar kanak-kanak lebih kreatif, pintar akal dan ketabahan. Cerita juga menunjukkan tindakan dan akibat. Cerita memberi contoh kegagalan dan kejayaan, lesedihan dan kegembiraan. Mereka mencerminkan akibat setiap keputusan watak, sama ada positif atau negative. Ini memberi tunjuk ajar kepada kanak-kanak untuk membuat keputusan positf pada masa kelak.
            Cerita juga mencerminkan keadaan manusia yang universal. Melalui peristiwa yang distruktur secara emosi, cerita memberi persepsi dalam emosi pendengar dan pengalamannya, dan mengingatkan pendengar walaupun wujud perbezaan antara satu sama lain, semua manusia menghadapi rintangan hidup yang sama.
            Helen Keller, dalam ‘The Story of My Life’ menulis, mendengar cerita merupakan cara yang paling mudah dan secara semulajadi untuk kanak-kanak menguasai bahasa yang membolehkan mereka menyusun, menstruktur, memanipulasi, memikir dan mempersepsikan dunia secara rasional.
            Guru atau kaunselor boleh menjadikan teknik bercerita sebagai satu pendekatan terapi kepada murid-murid di mana guru boleh meneroka dan cuba mendekati murid bermasalah dengan bercerita. Murid yang bermasalah kadang-kadang sukar untuk meluahkan perasaan mereka secara terbuka kepada guru atau kaunselor. Oleh itu, guru perlu mencari sumber yang berkaitan dalam masalah yang sedang dihadapi atau pengalaman hidup yang pernah dilalui oleh murid tersebut.Berdasarkan sumber tersebut, guru perlu mereka dan mencipta jalan cerita yang sesuai supaya berkaitan dan sesuai dengan masalah yang dihadapi. Apabila murid mendengar cerita tersebut dia akan terdorong untuk mendengar lantas meluahkan perasaan atau masalah yang dihadapi secara tidak langsung. Malah, jika murid masih malu atau tiada keyakinan untuk bercerita kepada kaunselor, guru perlulah menyatakan pengakhiran cerita yang baik dan boleh dijadikan panduan dan pengajaran kepada murid tersebut. Hal ini supaya murid dapat membuat keputusan atau menyelesaikan masalah berpandukan penutup cerita yang disediakan oleh guru.Tujuan bercerita yang lain juga ialah untuk menerapkan nilai murni, pengajaran dan unsur-unsur teladan yang baik kepada murid. Oleh itu, seorang pencerita hendaklah bijak membuat pemilihan jalan cerita supaya kanak-kanak dapat dipupuk dengan nilai-nilai yang positif. Jalan cerita yang baik untuk kanak-kanak adalah cerita yang ringkas, mudah difahami, menarik, menggunakan bahasa yang sesuai danmempunyai nilai moral yang tinggi supaya murid dapat menghayati pengajaran yang ingin disampaikan pada akhir sesi bercerita. Nilai-nilai murni boleh diserapkan secara langsung dan juga tidak langsung. Penyerapan nilai murni secara langsung selalunya dilaksanakan oleh pencerita semasa akhir sesi penceritaan. Manakala penyerapan secara tidak langsung dapat diselitkan semasa penceritaan tersebut berlangsung.Terapi bercerita ini merupakan suatu teknik yang paling berkesan bagi menyemai kemahiran berkomunikasi kepada kanak-kanak (Trencher, 1991:86). Tugas seorang guru atau kaunseling bukan sahaja mendidik dan mengajar bagi memenuhi bidang akademik sahaja. Namun aspek sosial seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah dititikberatkan oleh guru supaya murid dapat menjadi seorang modal insan yang seimbang, harmonis, berdikari,fleksibel dan cemerlang dalam pelbagai bidang. Apabila guru menggunakan teknik bercerita sebagai terapi, murid-murid akan diminta berkumpul membentuk bulatan atau sebagainya. Semasa proses penyampaian, sesi soal jawab akan berlaku antara murid dengan guru. Guru perlu mengambil kesempatan ini dengan mencungkil keberanian murid untuk menyuarakan pendapat di hadapan kawan-kawannya yanglain. Selain itu, murid-murid akan berbincang dan berbual dengan rakan-rakan tentang cerita tersebut. Oleh itu, tanggungjawab guru untuk menyediakan suasana pembelajaran sosial yang sihat dan positif dalam kalangan murid-murid. Selain itu, dengan terapi bercerita, murid juga dapat menambah keyakinan diri untuk mengekspresikan perasaan dan idea di mana pendekatan ini memerlukanpenglibatan murid secara aktif. Proses bercerita merupakan salah satu aktiviti yang berpusatkan murid. Oleh itu murid memerlukan keyakinan diri yang tinggi untuk menjalankan aktiviti yang diarahkan oleh guru seperti bercerita, menjawab soalan dan aktiviti susulan. Murid akan berusaha dan berlatih untuk mempersembahkan cerita yang menarik dan sesuai berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh guru mengikut perspektif individu. Bimbingan dan nasihat akan diberikan oleh guru semasa proses penyampaian supaya murid dapat membaiki kesalahan dan mempertingkatkan keupayaan diri. Di samping meningkatkan keyakinan diri, murid juga dapat meluahkan perasaan dan idea mereka dengan cara yang sihat di mana mereka tidak perlu bergaduh, menjerit atau merosakkan harta benda jika mereka berhadapan dengan masalah. Dengan terapi bercerita, mereka dapat mengaitkan diri mereka dalam cerita tersebut dan sekaligus menyelesaikan masalah dengan bimbingan dan pendapat guru dan kawan-kawan.

5.0 Terapi Seni
            Terapi seni adalah proses pemulihan sikap dan emosi yang boleh sama-sama kita fikirkan. Gabungan antara kaedah psikologi, perlakuan, bakat dan disiplin diri boleh dijadikan ruang untuk terapi seni diolah sebagai mekanisme pemulihan.
            Terapi seni juga adalah kaedah untuk menggalakkan pesakit meluahkan perasaan pemikiran mereka yang tidak boleh dilahirkan dengan perkataan melalui seni terutama lukisan.
Menurut American Art Association, terapi seni adalah satu profesion kesihatan mental yang menggunakan proses kreatif dalam lukisan untuk menambah baik dan menyempurnakan fizikal, mental dan emosi individu di bawah semua peringkat umur. Terapi seni boleh diertikan sebagai suatu bentuk terapi ekspresif yang menggunakan media warna, kapur, pensil dan marker diintergerasikan dengan terapi psikoterapiutik dan teknik proses kreatif.
 Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk seni luar. ( Judith Peck)
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement  change”.
Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia senimelalui rekabentuk  “seni luar”. ( JudithPeck )
Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) “The responsible of an Art or Expressive Therapist within a school setting is to help student express and contain their internal conflicts, while facililitating their ability to implement change”.
Gambaran ini mungkin dalam bentuk lukisan, gambar, seni pahat ataupun bahan seni yang dicipta dari tanah liat.
Selanjutnya, pakar terapi ataupun kaunselor akan mengajak klien untuk membincangkan karya yang dihasilkan. Melalui proses ini, klien akan diminta supaya bersikap terbuka dalam meluahkan dan bercakap tentang segala emosi dan perasaan-perasaan terpendam yang dihadapi olehnya.
        Kaunselor akan berusaha membantu klien menyelesaikan masalah dan merungkai kegusaran yang dihadapi oleh klien berdasarkan interpretasi kaunselor terhadap gambaran ekspresif melalui hasil seni yang dihasilkan oleh klien.
Melalui kaedah terapi seni ini, klien berupaya menggali perasaannya serta menyelesaikan masalah yang membelenggunya dengan cara yang berkesan dan tidak menakutkan serta menyakitkan dengan bantuan daripada kaunselor.
        Kaunselor atau pakar terapi harus pandai mengawal situasi terapi ini agar klien tidakmerasa tertekan atau merasa didesak untuk meluahkan perasaan.
Manfaat terapi seni ini telah dibuktikan secara ilmiah di mana sebuah kajian di University of Granada, Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa terapi ini boleh membantu mengatasi gangguan mental.
        Elizabeth Perez yang merupakan salah seorang pengkaji mengikuti perkembangan 20 orang pesakit yang menderita penyakit gangguan mental akut dari Therapeutic Community of theNorthen Area of the Virgen de las Nieves Hospital, Granada selama lebih dari setahun. Pesakit-pesakit tersebut telah mengikuti kaedah terapi seni ini secara sukarela selama dua hari dalam seminggu. Selama mengikuti terapi, mereka juga mengadaptasi lukisan karya pelukis seperti Amedeo Modigliani, EdvardMunch, Vincent Van Gogh dan sebagainya untuk menambahkan pandangan mereka.
Para pesakit ini menggunakan lukisan untuk menggambarkan keinginan terpendam, perasaan serta emosi dari hati dan fikiran mereka.
Selama proses ini berjalan menurut Perez, pesakit-pesakit tersebut boleh mengungkapkan serta meluahkan perasaan dan emosi mereka.
Dengan itu, mereka boleh menghilangkan perasaan yang tidak mereka ingini dan menyesuaikan dengan apa sebenarnya yang sepatutnya dan diingini oleh mereka.
Terdapat dua kajian dijalankan tentang keberkesanan terapi seni sebagai pemangkin emosi dalam sahsiah pelajar.
         i. Teori mengenai mengapa kanak kanak suka bermain adalah serupa seperti mengapa mereka melukis, di mana mereka berharap menjadi dewasa dan dapat mengawal keadaan sekeliling. Di dalam keadaan ini, melukis memberi kanak kanak keupayaan untuk menguasai penuh terhadap media, objek objek dan situasi yang mewakili mereka di dalam gambar. ( Silk & Thomas , 1990). ( Eve C .Jarboe, 2002 ).
ii. Kebanyakan orang dari pelbagai peringkat umur mempunyai kebolehan untuk meluahkan perasaan mereka melalui permainan dan seni.Mereka juga mempunyai kebolehan untuk keluar dari aktiviti ini, untuk mencerminkan diri mereka dan untuk mencipta idea baru yang menuju kepada kebaikan ( Dyer – Friedman & Sanders , 1997; Rubin 1978). ( Eve C .Jarboe, 2002 )

6.0 Terapi Biblio
Terapi Biblio ialah penggunaan buku-buku untuk menolong orang menyelesaikan masalah. Konteks kanak-kanak kaunseling biblioterapi adalah bahan bacaan penulisan yang terbimbing. Bertujuan untuk memperoleh pemahaman atau menyelesaikan masalah sejajar dengan keperluan terapeutik kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai ´bimbingan melalui bacaan’.
Shrodes (1950):- proses interaksi dinamik antara personaliti pembaca dengankesusasteraan di bawah bimbingan seorang yang terlatih.
Harris dan Hodges (1995):- terapi ini merangkumi penggunaan pembacaan bahan- bahan bertulis untuk membantu pembaca berkembang dari segi kesedaran kendiri.
Pardeck dan Pardeck (1998):- Terapi Biblio melibatkan rawatan melalui buku-buku.
Konsep terapi biblio ialah  membaca untuk pengalaman rawatan. Ia juga merangkumi pemilihan bahan membaca untuk klien yang mempunyai pengalaman yang relevan dengan situasi yang tertulis dalamnya. Ia  juga merangkumi pendekatan terapi bercerita. Terapi biblio ini telah diluaskan hingga dipadankan dengana ktiviti perbincangan atau bermain.
Kegunaan terapi biblio ialah mengurangkan stress atau tekanan yang dihadapi. Contohnya, bahan-bahan seperti Chicken’s Soup dapat membantu seseorang yang murung akibat satu pengalaman trauma untuk pulih ( dari segi emosi ). Membaca adalah satu proses terapi yang boleh bantu hilangkan kebosanan ( misalnya ketika beratur menunggu sesuatu ). Menghilangkan ketegangan ( panas baran, marah, tidak sabar). Meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Dapat menyelesaikan masalah murid. Membantu murid memperoleh ilmu.

7.0 Peranan Guru Biasa sebagai guru bimbingan.
Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling. Bilangan murid di sesebuah sekolah adalah berbeza. Disetengah-setengah sekolah terdapat beberapa puluh orang murid sahaja dan setengah-setengahnya lebih daripada dua ribu orang. Sekiranya, setiap tugasan bimbingan diserahkan kepada guru bimbingan, maka kes-kes murid yang memerlukan pekhidmatan bimbingan akan berhimpun. Oleh itu, setiap guru, sama ada guru biasa atau guru bimbingan hendaklah memainkan peranannya dalam membantu meningkatkan kebajikan murid-muridnya.
Terdapat perbezaan di antara guru biasa dengan guru bimbingan. Guru biasa tidak menghadiri kursus bimbingan selama lapanminggu dalam masa cuti atau lain-lain kursus di Maktab Perguruan Ilmu Khas atau dimana-mana university. Walaubagaimanapun, guru biasa pernah didedahkan kepada konsep bimbingan dan kaunseling selama lapan minggu dalam masa cuti sekolah, kursus enam bulan atau setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas , kursus diploma di Universiti Kebangsaan Malaysia, kursus sarjana muda pendidikan ( Bimbingan dan Kaunseling) di Universiti Putra Malaysia dan kursus sarjana di university-universiti tempatan atau luar negeri.
Bimbingan merupakan sebahagian daripada tugas pengajaran. Sama ada dikehendaki atau tidak. Seseorang guru tidak dapat mengelakkan daripada tugas memberi bimbingan. Dalam pengajarannya setiap hari, murid-murid mungkin mengemukakan pelbagai masalah mengenai pelajaran dan sosioemosi. Guru perlu berusaha untuk mengendalikan penyelesaian masalah-masalah tersebut.
Oleh sebab guru biasa kurang pengetahuan dan latihan dalam bidang bimbingan, maka tugas-tugas mereka biasanya teridir daripada:
Yang pertama, guru biasa memainkan peranan yang penting dalam membimbing murid di bawah jagaannya. Guru membimbing murid membuat penyesuaian peribadi, social, emosi dan akademik dengan persekitaran sekolah, peraturan-peraturan tatatertib dan sebagainya, khasnya dalam awal persekolahan.
            Murid menghadapi masalah dan kekeliruan apabila mereka memasuki situasi pembelajaran baru. Mereka memerlukan penyesuaian diri. Dalam hal ini, murid perlu diperkenalkan dengan system pendidikan dan matlamat kurikulum, sukatan pelajaran, kaedah atau cara belajar, situasi persekitaran dan peraturan sekolah, serta kepentingan mata pelajaran terhadap masa depan kerjaya mereka. Program orientasi merupakan salah satu cara yang sesuai untuk mencapai matlamat ini.
            Harus juga diwujudkan peluang-peluang untuk setipa murid mengembangkan daya kebolehan mengikut kemampuan dan kebolehan mereka. Untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran, perlulah ada rancangan pelajaran mulai dari peringkat awal pembelajaran. Dalam hal ini, murid perlu diberi bimbingan untuk aktiviti pelajaran yang sesuia mengikut kebolehan dan minat masing-masing. Jadi, peranan guru di sini ialah memberi kesedaran kepada para murid di peringkat awal, sehingga mereka berjaya menanamkan sikap suka belajar dalam diri mereka. Ini akan membawa pencapaian objekif pelajaran dengan berkesan.
            Peranan guru yang lain ialah mengesan masalah atau keadaan-keadaan yang tidak memuaskan yang boleh menjejaskan pencapaian akademik para murid, di samping mengembangkan peribadi dan social para murid serta memberi BImbingan dan Kaunseling mengenainya. Pada bila-bila masa, tiap-tiap individu sering menghadapi kesulitan yang berpunca dari dalaman diri sendiri, wujud konflik dalam jiwa, kekecewaan, rasa tersingkir, merendah diri dan bosan dalam kehidupan dan pelajaran. Semua ini merupakan gejala-gejala tidak sihat yang memerlukan bimbingan daripada guru kaunselor. Masalah atau konflik yang dihadapi oleh murid-murid sekolah menengah perlu mendapat perhatian dan bantuan daripada guru. Bimbingan ini membantu individu mengatasi masalah-masalah peribadi akibat kekurangan kemampuan individu untuk menyesuaikan diri dengan aspek-aspek perkembangan yang begitu cepat. Masalah kejutan budaya, krisis keluarga, persahabatan jantina, soal kewangan dan kerjaya adalah antara masalah yang memerlukan bimbingan guru.
            Guru harus menolong murid membentuk tabiat kerja yang baik dan menghargai kerja yang diamanahkan. Ini bermakna guru harus membantu murid memupuk tabiat melaksanakan kerja yang diamanahkan dengan sempurna.
            Guru memainkan peranan sebagai kaunselor, haruslah bekerjasama dengan ibu bapa dalam hal perkembangan murid, khasnya dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Guru haruslah berkenal mesra dengan ibu bapa dan murid supaya dapat mengetahui latar belakang murid sekolahnya. Butir-butir penting hendaklah dicatatkan sebagai panduan untuk guru. Guru haruslah menyediakan kad rekod himpunan. Tujuan menyediakan kad rekod himpunan ini adalah untuk mengetahui butir-butir lengkap tentang maklumat pelajar serta latar belakang mereka. Dalam rekod ini, guru dapat mengatur rancangan pelajaran dan aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk murid-murid tersebut. Kad rekod himpunan merupakan suatu system untuk merekod butir-butir murid dari semasa ke semasa. Ini membolehkan guru mengenali setiap murid dengan lebih dekat dan memahami masalah mereka serta memudahkan guru memberi bimbingan dan kauseling untuk mereka.

8.0 Kesimpulan
Sebagaimana yang telah dihuraikan, intervensi merupakan suatu teknik kanseling yang digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah berlainan dengan remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih kurang matang serta menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan gangguan mental dan emosi yang abstrak.
Oleh itu, kemahiran melaksanakan intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis kemahiran komunikasi. Antaranya ialah kemahiran bermain, bercerita, melukis, bermain alat muzik dan menyanyi. Ini adalah kerana kanak-kanak mudah menggunakan media main, cerita, lukisan dan alat muzik untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara semulajadi. Melalui aktiviti-aktiviti bermain, bercerita, melukis dan bermain alat muzik, terapis dapat menghayati dunia dalaman kanak-kanak dengan lebih tepat lagi, mendianogsis punca gangguan mental dan emosi mereka dan seterusnya menggunakan kemahiran pelaksanaan intervensi kaunseling untuk membimbing kanak-kanak kea rah menyelesaikan masalah yang dihadapi.

9.0 Rujukan 

1. Cheong, L.K. (2012). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Oxford        
     Fajar Sdn. Bhd.
2. Choong Lean Keow (2010). Bimbingan dan Kaunseling, Kuala Lumpur: 
     Percetakan Season Sdn.Bhd.
3. Mok Soon Sang (2011). Edisi Kedua. Bimbingan dan Kaunseling Kanak-
    kanak, Siri Pengajian Profesional. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
4. Ee Ah Meng (1997). Edisi Kedua. Perkhidmatan Bimbingan Dan 
    Kauseling. Siri Pendidikan Fajar Bakti. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

 Rujukan Internet:
kaunseling-kanak-kanak
http://www.scribd.com/doc/47403996/TERAPI-SENI

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS