Have faith in your dreams
someday your rainbow will come smiling through.
No matter how your heart is grieving,
if you keep believing,
that dream that you wish will come true.





Powered by Blogger.
RSS

ESEI KAUNSELING


Nama: LEE SAY LING

PENGENALAN

Dalam usaha ke arah mencapai status Negara maju, pelbagai masalah sosial dialami oleh pelajar. Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism, ponteng sekolah,  pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Para pelajar terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa, internet, rakan dan sebagainya.

Jadi, dalam tugasan ini akan menerangkan masalah-masalah perkembangan murid. Disebabkan masalah-masalah perkembangan murid yang yang dinytakan di atas maka perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah telah direka khas supaya kaunselor atau guru bimbingan dapat membantu murid-murid yang menghadapi masalah menyelasaikan masalah yang dihadapi. Jadi, sebagai seorang guru bimbingan atau kaunselor haruslah mempunyai pemahaman yang medalam dalam konsep bimbingan dan kaunseling 

Oleh itu, dalam tugasan saya telah menerangkan konsep kaunseling dan bimbingan, kajian-kajian lalu menngenai khidmat bimbingan, perbezaan bimbingan dan kaunseling, matlamat bimbingan dan kaunseling, kepentingan bimbingan dan kaunseling, prinsip-prinsip bimbingan dan kaunseling serta konsep, model dan teori-teori.



2.0       KONSEP KAUNSELING  

Dalam usaha ke arah mencapai status Negara maju, pelbagai masalah sosial dialami oleh pelajar. Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism, ponteng sekolah,  pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini. Para pelajar terdedah kepada berbagai-bagai pengaruh seperti media massa, internet, rakan dan sebagainya.

Jadi dalam scenario seperti ini, khidmat bimbingan dan kaunseling seharusnya diadakan dan diwujudkan untuk membantu pelajar menangani cabaran-cabaran baru yan dihadapi oleh mereka.  Bimbingan dan kaunseling memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian seseorang. Kaunseling merupakan satu proses perhubungan atau pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien yang manghadapi masalah peribadi atau masalah akademik dengan tujuan menolong dan membawa perubahan tingkah laku pelajar untuk menyelesaikan masalah. Selain itu, sebagai seorang kaunselor yang professional dia akan menolong dengan sistemataik berasaskan prinsip psikologi. Dalam sesi kaunseling, ia akan dijalankan oleh seorang kaunselor professional iaitu kaunselor yang berlesen dan pernah menghadiri kursus bimbingan dan kaunseling. 

Di samping itu kaunseling bukan bererti nasihat atau membuat keputusan untuk kliennya. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien. Ini adalah kerana setiap pelajar di sekolah  berasal dari latar belakang yang berlainan dan mempunyai kebolehan, minat dan bakat yang berbeza. Jadi keistimewaan kaunseling adalah membantu dan membimbing pelajar atau klien menyedari  dan mencari kekuatan dan kelemahan diri mereka. Melalui cara ini berharaplah pelajar dapat mengubah tingkah laku mereka dan dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum. 

Dengan mempunyai kaunseling sebagai pengerak untuk klien memahami kelemahan diri dan masalah yang dihadapi. Maka kaunselor akan membantu mereka semasa membuat keputusan supaya mereka akan menentukan matlamat sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna atau membawa perubahan tingkah laku. Ini dapat disokong oleh Arbucle (1965) yang juga mengatakan bahawa kaunseling ialah proses membantu pelajar melihat siapa sebenar dirinya, kesukaran yang dihadapi dan perubahna yang boleh buat.

Sebagai rumusan, kaunseling adalah pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memhami diri sendiri dan alam sekelilingnya.


3.0       KONSEP BIMBINGAN

Bimbingan merupakan sebahagian daripada proses pendidikan yang berlanjutan, tersusun dan sistematik. Dalam usaha bimbingan ia bertujuan membantu seseorang individu melalui daya usahanya untuk mengembangkan kebolehannya serta membuat penyesuaian diri dengan kehendak masyarakat. Selain itu, bimbingan juga merupakan proses menolong individu-individu untuk memahami diri dan dunia mereka ini adalah kerana seperti yang kita fahami para pelajar di sebuah sekolah berasal dari latar belakang yang berlainana dan mempuntai kebolehan, minat ,bakat  dan sahsiah yang berbeza. Sebagai contohnya, ada pelajar bersifar periang dan ada pelajar yang bersifat pendiam. Sesentengah pelajar yang berasal dari keluarga yang bahagia dan pula yang berasal dari keluarga yang porak peranda. Jadi memandangkan senario di atas maka perkhidamatan bimbingan amat diperlukan untuk membantu pelajar menikmati perkembangan yang menyeluruh dan sihat dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Selain itu, bimbingan juga boleh ditakrifkan sebagai suatu faktor yang disedari dan disusun dalam persekitaran sekolah untuk membantu pelajar menyesuaikan diri dalam semua aspek hidup. Ini adalah kerana melalui bimbingan maka ia dapat menolong pelajar memahami maklumat tentang pendidikan, pekerjaan dan sosial semasa mereka membuat pemilihan keputusan. Jadi , secara tidak langsung dengan bimbingan dari guru maka pelajar dapat memilih dan merancang hidup mereka dengan berkesan dan berkebolehan  berfikir secara rasional.  Ini dapat disokong oleh Crow dan Crow (1983) , yang mengatakan bimbingan merujuk kepada bantuan atau pertolongan yang diberikan oleh pelajar untuk membantunya menyelesaikan masalah. Bagi Shertzer dab Stone ( 1971 ) mendefinisikan bimbingan sebagai satu proses menolong individu untuk memahami dirinya dan alam sekelilingnya. Di sini memahami diri dimaksudkan sebagai memhami diri sebagai individu, identiti peribadi, kebolehan dan kelemahannya.

Dalam melaksanakan aktiviti bimbingan bukan sahaja guru dan pihak sekolah yang memainkan peranan yang penting bahkan juga dengan ibu bapa dan masyarakat juga harus saling bekerjasama dan saling berunding untuk menolong pelajar-pelajar yang mengalami masalah mendapat panduan atau nasihat untuk menyelesaikan masalah. Ini adalah kerana bimbingan merupakan tanggungjawab bersama bukan hanya satu pihak sahaja. 

Bimbingan mempunyai beberapa sifat iaitu bimbingan merupakan proses yang terus-menerus ia bykanlah berlaku secara kebetulan, tiba-tiba manakala ia adalah suatu kegiatan yang tersusun, mempunyai  arah kepada tujuan sehingga individu mencapai tujuan dan penyesuaian diri. Bimbingan merupakan proses membantu individu atau kumpulan dan tidak memaksa seseorang mengikut arah yang tertentumelainkan membantu atau menolong individu mengikut arah yang sesuai.

Sebagai kesimpulan, bimbingan wujud untuk menolong individu memahami kepelbagaian, kedalaman , pengalaman-pengalaman peribadi, peluang-peluang adaserta pilihan-pilihan lain bagi mereka mengenal bertindak berdasarkan kekuatan-kekuatan dan sumber-sumber peribadi mereka.


4.0       PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Setelah memahami konsep bimbingan dan kaunseling maka apakah perbezaan kedua-dua ini. Semasa bimbingan dijalankan bilangan pelajar yang dibimbing boleh ramai dan di mana-mana tempat sebaliknya dalam aspek kaunseling ia merupakan pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan pelajar sahaja dan hanya dijalankan dalam sebuah bilik yang khas. Selain itu, masa bimbingan dijalankan adalah tidak ada limit masa manakala dalam aspek kaunseling  tidak terlalu lama kemungkinna satu atau dua jam sahaja. Tujuan bimbingan menyediakan khidmat pencegahan seperti menghindarkan  pelajar-pelajar daripada terlibat masalah disiplin manakala dalam kaunseling adalah membaiki diri pelajar contohnya membantu pelajar yang baru terlibat dalam penyalahgunaan dadah supaya memperoleh keinsafan tentang bahayanya amalan mereka erta mempelajari cara untuk memberhentikan amalan mereka. Dari aspek bimbingan semua orang boleh memberi bimbingan sedangkan dalam aspek kaunseling hanya kaunselor yang berlesen atau yang menghadiri kursus bimbingan dan kaunseling boleh memberi kaunseling.

5.0       PERBEZAAN KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

Psikoterapi adalah usaha penyembuhan untuk masalah yang berkaitan dengan fikiran, perasaan dan perilaku. Psikoterapi (Psychotherapy) berasal dari dua kata, yaitu "Psyche" yang artinya jiwa, fikiran atau mental dan "Therapy" yang ertinya penyembuhan, pengobatan atau perawatan,Manakala kaunseling menekankan perancangan yang rasional, penyelesaian masalah pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memhami diri sendiri dan alam sekelilingnya. 

Penerima kaunseling selalunya normal manakala dalam psikoterapi ' pesakit' mengalami psikologikal. Kaunseling menolong individu mengatasi kekecewaan dan halangan yang mengganggu perkembangannya manakala psikoterapi adalah menolong orang yang mengalami konflik fikiran, perasaan dan perilaku.  Pendekatan kaunseling lebih menekankan masa kini dan bahan-bahan yang sedar atau nyata sedangkan psikoterapi adalah mengutamakan bahan-bahan yang bersifat sejarah. 

Di samping itu, kaunseling menekankan membantu seseorang memahami diri dan identitinya dan menggunakan kebolehannya secara maksimum manakala psikoterapi adalah menggunakan cara penyembuhan untuk membantu seseorang melupakan peristiwa yang pahit .

.
6.0          MATLAMAT  UTAMA BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Berdasarkan pemahaman dan objektif-objektif Bimbingan dan Kaunseling yang dihuraikan, maka matlamat utmanya ialah memberi bimbingan dan cara penyelesaian supaya pelajar dapat menggunakan nasihat dan hasil sarana perbincangan dengan guru atau kaunselor untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapi oleh mereka.

Kedua, semasa bimbingan dan kaunseling dijalankan, guru atau kaunselor hanya perlu mendengar dan memahami masalah yang dihadapi oleh pelajar dan membimbingnya memikir masalah dari pelbagai sudut, demi membolehkannya memahami pelbagai cara yang boleh dipilih untuk menyelesaikan masalah peribadi, pembelajaran atau kerjaya yang dihadapinya. 

Secara kesimpulannya, matlamat Bimbingan dan Kaunseling ialah memupuk kebolehannya menyelesaikan masalah diri sendiri, membantu pelajar menguasai pelbagai kemahiran asas untuk menyesuaikan diri serta menggunakan pelbagai sumber yang sedi ada untuk mencapai kesejahteraan hiduo. 


LIMA MATLAMAT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Kaunseling bermatlamat untuk;
 1             Memudahkan perubahan individu.
 2             Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan.
 3             Membantu keberkesanan klien mengurus diri.
 4             Menggalak proses membuat keputusan.
 5             Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.


Memudahkan perubahan tingkah laku klien
-Matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah laku yang membolehkan pelajar menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan. Contoh: Ahmad selalu memberi respond yang negatif kepada guru semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jadi ini akan menimbulkan masalah dan menganggu keberkesanan pengajaran. Semasa sesi kaunseling kaunselor mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Ahmad dan selepas itu kaunselor akan membantu Ahamad mengubah tingkah lakunya supaya tidak menganggu keberkesanan pengajaran.

Meningkatkan keupyaan klien memula dan meneruskan perhubungan.
-Dalam kehidupan kini, terdapat juga pelajar yang bersifat pendiam disebabkan latar belakang keluarga jadi kadang-kala akan menghadapi masalah komunikasi . Jadi matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya pelajar tersebut dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Sebagai contohnya: Mei Ling berasal dari keluarga yang porak peranda maka dia setiasa mendiamkan diri dan jauhkan diri daripada bergaul dengan kawan. Maka sebagai sorang kaunselor akan meluangkan masa berbual dengan dia supaya dia dapat bergaul edngan rakan yang lain.

Membantu klien mengurus diri
-Tingkah laku negatif yang  dipelajari masa kecil  akan memberi kesan yang tidak dijangka dan secara tidak langsung akan menimbulkan masalah padanya. Jadi dalam keadaan yang demikian, kaunselor akan melatih pelajar mengurus diri dengan berkesan terutama apabilan menghadapi masalah atau situasi baru.

Menggalakkan proses membuat keputusan
-Dalam kehidupan harian setiap orang juga akan membuat sesuatu keputusan yang penting dan amat menyukarkan. Jadi matlamat dalam kaunseling adalah untuk membantunya membuat sesuatu keputusan yang penting dalam hidupnya. Ini tidak bermaksud bahawa kaunselor akan membuat keputusan untuk pelajar tersebut . Keputusan muktamad diambil oleh pelajar sendiri.

Membantu perkembangan dan pencapaian potensi pelajar
-Matlamat ini adalah memberi peluang dan mengembangkan potensi yang sedia ada pada pelajar  ke tahap yang maksimum. Selain itu, ia mengurangkan atau mengatasi apa sahaja yang menyekat perkembangan potensi kebolehan dan  minat seseorag.


7.0       KEPENTINGAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING     

Sering kali kita dapat lihat daripada keratan akhbar yang sentiasa memaparkan berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism, ponteng sekolah,  pergaduhan,  pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan dibimbang oleh masyarakat kini.  Dari situ, kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting.

Melalui bimbingan dan kaunseling ia dapat menolong seseorang lebih memahami diri dan situasinya. Ini adalah kerana semua murid berasal dari latar belakang yang berbeza maka pemikiran mereka akan berbeza oleh itu semasa manghadapi masalah mereka hanya melihat dari satu sudut  jadi sengan ada bantuan bimbingan dan kaunseling ia akan menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku yang sesuai semasa menyelesaikan masalah . 

Selain itu, melalui bimbingan dan kaunseling  kaunselor akan memberikan khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain.  Tujuan ini adalah menolong individu memahami tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau nasihat kepada mereka  supaya mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik. 

 Di samping itu, melalui bimbingan dan kaunseling  ia akan membantu pelajar melihat siapa sebenar dirinya, apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri agar menyedari kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu dapat mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data pshikologi dan sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri .




8.0       PRINSIP-PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Prinsip Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang menjadi panduan pelaksanaan perkhidmatan di sekolah

(i) Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan.
(ii) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua pelajar.
(iii) Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila mereka memerlukannya.
(iv) Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan hidupnya, dan menolong memilih serta merancang hidupnya dengan berkesan.
(vi) Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatannya supaya dapat mengembangkan kekuatannya ke tahap maksimum.
(vii) Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama iaitu membawa maksud kerjasama dan hubungan erat bukan sahaja antara kaunselor dan pelajar yang memerlukan bimbingan tetapi juga dengan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat.
(viii) Bimbingan dan kaunseling memerlukan pemahaman yang mendalam dan menyeluruh mengenai pelajar.  Ini adalah untuk memudahkan berinteraksi antara kaunselor dengan pelajar  lalu baru dapat mencari satu penyelesaian yang baik dan berkesan untuk mereka.

9.0       KONSEP,  MODEL DAN TEORI-TEORI YANG PERLU DIKETAHUI   
            UNTUK MEMAHAMI TOPIK YANG DIKAJI DENGAN LEBIH TERPERINCI

1.         Memahami Perbezaan Individu 

Dalam psikologi perkembangan kajian terhadap perbezaan individu adalah amat penting dilakukan oleh kalangan guru dan kaunselor. Ini adalah kerana melalui kajian perbezaan individu ia dapat membantu pendidik memahami perlakuan murid yang pelbagai, seterusnya akan menyelesaikan masalah dengan menggunakan cara penyelesaian yang sesuai.
Menurut Ramlah Jantan dan Mahami Razali ( 2002 ) telah membahagikan aspek-aspek perbezaan individu kepada sebelas aspek yang berlainan, iaitu fizikal, emosi, kecerdasan, sosial, budaya , personaliti, bakat, minat, latar belakang dan lain-lain.  Jadi sebagai kaunselor atau guru haruslah sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan murid-murid ini adalah kerana perbezaan-perbezaan ini akan memberi implikasi besar dalam pengajaran dan pembelajaran serta kehidupan harian. kefahaman personaliti dan perbezaan individu adalah dua konsep yang berkaitan maka sebagais eorang kaunselor haruslah mempunyai pengetahuan dalam perbezaan individu.

2.         Teori Abraham Maslow
Menurut Abraham Maslow ( 1970 ), berpendapat bahawa seorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan skunder.  Dalam  keperluan manusia kepada lima peringkat dan menyusun dalam satu hierarki   
           
Jadi dari situ, kita tahu keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih sayang dan penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik. Jadi sebagai guru bimbingan atau guru harus memahami setakat mana keperluan-keperluan pelajar telah berada barulah dapat membimbing dan memberi nasihat kepada pelajar. Sebagai contohnya sebagai seorang guru dan kaunselor dia harus sentiasa bersifat penyayang dan memupuk nilai motivasi pelajar melalui kem motivasi supaya mereka lebih memahami diri, menerima diri dan seterusnya menentukan arah hidup untuk diri sendiri.
Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Dari situ, secara tidak langsung ia akan meningkatkan keyakinan mereka dan seterusnya apabila menghadapi cabaran akan menggunakan pelbagai sudut untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

3.         Kemahiran Komunikasi dalam Hubungan Interpersonal
Hubungan interpersonal bermaksud hubungan antara perseorangan. Di dalam proses interaksi sosial, hubungan interpersonal biasanya dijalin melalui komunikasi. Tujuan utama komunikasi antara orang ialah menyampai khabar, berita pendapat kepada pendengar.
Di dalam sesi kaunseling yang kerap ialah komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Jadi, sebagai kaunselor dikehendaki menguasai kemahiran komunikasi. Oleh itu, sebagai kaunselor yang mempunyai kemahiran berkomunikasi yang berkesan iaitu sebagai kaunselor harus bertutur dengan jelas, tepat serta berperasaan empati.
Komunikasi secara lisan iaitu melibatkan proses pemindahan maklumat atau idea secar lisan daripada seorang individu kepada seorang individu atau berkumpulan. Sebagai contohnya; Dalam bilik kaunseling, murid memainkan peranan sebagai penyampai maklumat  dan kaunselor sebagai pendengar. Jadi sebagai kaunselor penyampaian yang hendak disampaikan mesti jelas dan mudah difahami. Manakala komunikasi secara tidak lisan ialah melelui penyampaian mesej melalui gerak isyarat seperti gerak kepala, mendiamkan diri, mengangguk kepala, menggeleng kepala dan lain-lain. Sebagai contohnya; mengangguk kepala boleh diertikan sebagai tanda persetujuandan menggeleng kepala boleh diertikan sebagai tidak mahu menerima.
Jadi sebagai kaunselor ia harus menguasai kemahiran komunikasi secara lisan dan bukan lisan untuk mencapai objektif kaunseling. Selain itu, kaunselor hendaklah menggunakan pelbagai tindakan yang sesuai seperti tugur sapa, menerima pandangan, gaya duduk, air muka, pergerakan tangan dan nada suara.
Kemahiran penyelesaian masalah murid amat penting untuk seorang kaunselor maka sebagai seorang kaunselor harus memahami topik ini supaya dapat menjalankankan sesi kaunseling dengan baik. Dengan penguasaan kemahiran ini maka sebagai seorang kaunselor akan mengenal pasti punca masalah setelah murid mencurahkan masalah. Selepas itu, kaunselor akan membantu murid mencari alternatif untuk menyelesaikan masalahnya. Jadi dari situ, kita dapat nampak kemahiran komunikasi amat penting untuk seorang kaunselor dan guru.

4.         Teori Kecerdasan Emosi
Teori ini amat penting untuk guru membantu murid menyelesaikan masalah mereka.  Emosi seseorang akan berlaku dalam 3 faktor iaitu situasi persekitaran, keadaan fisiologikan dan proses kognitif. Menurut S. Schacter&J. Singer ( 1962 )emosi dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
a) Sitimuli – timbul perubahan kognitif dan  fisiologikal seseorang individu
 b) Pentafsiran individu – perubahan perasaan diri
Melalui pemahaman teori ini maka sebagai guru bimbingan atau guru kaunselling ia dapat membantu dalam aspek memahami emosi murid-murid, kebolehan mengurus emosi, kebolehan memotivasi,  mengurus perhubungan dan lain-lain. Kesemua ini amat berguna untuk seorang guru. Dalam pengalaman harian terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi seperti, peperiksaan,pencapaian, keluaraga yang porak keranda dan lain-lain maka kesemu cabaran dan tekanan ini akan menyebabkan seseorang berasa kekecewaan, konflik, tekanan, kesedihan dan lain-lain.
Jadi sebagai seorang guru kaunseling untuk membantu murid dalam mengurus emosi diri dia harus berbuat demikian iaitu;
         Mengelolakan aktiviti kumpulan
         Menggunakan percakapan yg sesuai
         Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik
         sikap penyayang
         galakan & motivasi pembelajaran
           

KESIMPULAN

Kesimpulannya, sebagai guru kaunselor, guru bimbingan dan guru-guru perlu memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh itu, peningkatan ilmu pengetahuan dalam profesionalisme keguruan dalam kalangan guru-guru amat penting. Peningkatan profesionalisme keguruan dapat dilakukan dalam tiga kaedah, yakni peningkatan Kendiri, penyertaan Kursus peningkatan Profesionalisme keguruan dan kerjasama profesional. Sebagai guru yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus mengetahui kemahiran-kemahiran asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek , fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.



RUJUKAN

Crow L.D. dan Crow. A., ( 1960 ).  An Introduction to Guidance, New York: American  Book Co

Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Jantan dan Mahani Razali ( 2002 ). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontempoarri, McGraw Hill, Malaysia.

Shertzer, B. dan Sone, S.C., ( 1980 ). Fundamentals Of Counseling. Boston: Hughton Mifflin Company.

Tang Chee Yee. ( 1996 ). Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman Sdn .

Zulkifli Yusuf,  ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.



             
           

           
           

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment