Have faith in your dreams
someday your rainbow will come smiling through.
No matter how your heart is grieving,
if you keep believing,
that dream that you wish will come true.





Powered by Blogger.
RSS

Motivasi


Nama : Fong Mei Yen        840929-01-5052

Konsep Motivasi

            Secara umumnya, motivasi merujuk kepada kecenderungan daripada diri seseorang yang dapat mempengaruhi tingkah lakunya. Ia bermaksud kehendak diri sendiri yang menggerakkan seseorang untuk melakukan sesuatu. Bagi menerangkan konsep motivasi secara lebih lanjut lagi, terdapat beberapa pandangan yang berbeza mengikut beberapa pengertian daripada beberapa tokoh. Menurut H.W. Bernard, dalam bukunya Psychology of Learning (1965), menyatakan motivasi ialah proses membangkitkan, mengekalkan dan mengawal minat. Manakala menurut Crow dan Crow (1981) menghuraikan motivasi sebagai sesuatu desakan yang menjadikan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatannya. Pada tahun 1986 pula, menurut Sharifah alwiah Alsagoff, beliau menghuraikan bahawa motivasi sebagai perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut.
       Maka dalam pengajaran bilik darjah, motivasi merupakan unsur penting untuk mengekalkan minat murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan pembelajaran. Guru pula sentiasa menghadapi cabaran untuk membangkit, menggerak dan mengekalkan minat murid-murid dalam pembelajaran untuk menghasilkan tingkah laku yang sesuai. Dalam motivasi terdapat unsur yang penting fungsinya sebagai perangsang iaitu insentif dan motif. Insentif yang dimaksudkan di sini adalah sebagai galakan yang dapat mendesak seseorang itu supaya bertindak untuk mendapatkan ganjaran. Misalnya, gaji merupakan insentif bagi seseorang bekerja. Manakala motif adalah unsur yang mengalakkan seorang individu dan mendorongnya untuk mencapai sesuatu matlamat walaupun melalui satu tempoh masa yang lama. Dalam situasi pembelajaran, motif dapat membangkitkan dorongan dalaman seseorang murid turut serta dalam aktiviti pembelajaran. Misalnya, keperluan, minat, sikap dan emosi yang mungkin lahir semula jadi atau berpandu kepada pengalaman dan kehendak persekitaran.  
            Terdapat dua jenis motivasi yang dapat diklasifikasikan iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik adalah diwujudkan semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia biasanya terdiri daripada dorongan dan minat seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa berharap atau meminta sebarang ganjaran. Menurut Bruner (1966), motivasi intrinsik mempunyai kaitan yang rapat dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan sebagai motivasi intrinsik diwujudkan secara semulajadi. Terdapat pula motivasi intrinsik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Misalnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah daya gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya.
            Manakala, motivasi ekstrinsik pula adalah diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Motivasi intrinsik ini boleh dirangsangkan dalam bentuk-bentuk seperti memberi peneguhan positif seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim alam belajar yang kondusif untuk mendorongkan mereka belajar. Misalnya, “Anda bagus”, Tahniah, hasil seni anda kemas!”,pemberian bintang dan sebagainya, akan mendorong murid untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan kualiti hasil murid.
            Oleh itu, boleh diringkaskan di sini, bagi murid yang memiliki motivasi intrinsik yang tinggi akan lebih puas dan gembira setelah berjaya menyelesaikan sesuatu permasalahan dan tidak bergantung atau mengharapkan sebarang ganjaran dan hadiah. Ini berbeza dengan motivasi ekstrinsik yang menekankan ganjaran kebendaan yang diberikan oleh guru untuk meningkatkan pencapaian keseluruhan murid pada hujung tahun. Adalah digalakkan guru perlu menggunakan lebih banyak peneguhan motivasi intrinsik berbanding dengan motivasi ekstrinsik bagi mencapai tingkah laku positif di kalangan murid.
           
1.Teori-teori Motivasi

1. 1 Teori Keperluan : A.H.Maslow

            Terdapat beberapa pendekatan dan teori-teori pembelajaran yang berkaitan motivasi dan memainkan peranan penting dalam  P&P. Pertama sekali adalah Teori Keperluan A. H. Maslow. Secara umumnya, teori ini telah diperkenalkan popular, di mana Abraham H. Maslow (1970) berpendapat bahawa seorang individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan sekunder. Sebagai contoh yang lebih jelas, manusia akan memenuhi lima keperluan asas yang berada di asas heirarki keperluan Maslow iaitu, Fisiologi, Keselamatan, Kasih Sayang, Penghargaan kendiri dan Kognitif. Seseorang individu akan mengejar keperluan estetik setelah kelima-lima keperluan asas dipenuhi.
            Oleh yang sedemikian, boleh dirumuskan di sini bahawa, motivasi yang disebutkan dalam Teori Keperluan sebenarnya ialah motivasi intrinsik. Ini kerana motivasi intrinsik ini merupakan kuasa dalaman yang berada dalam perkembagan fisiologikal dan psikologikal manusia. Maslow berpendapat kuasa dalaman ini mendorongkan manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau rangsangan luar. Oleh itu, untuk mencapai objektif pelajaran, guru harus mempertimbangkan keperluan asas pelajar telah dipenuhi. Guru perlu memastikan bilik darjah kondusif agar pelajar merasa seronok, gembira, harmonis dan selamat melibatkan diri dalamnya.


2. Pendekatan dan teori-teori berkaitan motivasi kesan dan implikasinya

2.1 Pendekatan dan Teori-teori Motivasi
            Secara keseluruhannya, teori motivasi adalah berkaitan rapat dengan beberapa teori pembelajaran dalam tiga mazhab. Iaitu mazhab behavoris, mazhab kognitif dan mazhab humanis.   

            Ahli-ahli psikologi mazhab behavoris berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Hasil dari kajian mereka menunjukkan perubahan tingkah laku dapat dikekalkan dengan menggunakan  motivasi yang sesuai. Oleh itu, dari kajian yang dirumuskan oleh para pengkaji, maka saya dapat membuat sedikit rumusan bahawa, sesuatu rangsangan yang diikuti dengan perasaan kepuasan akan mengekalkan pengulangan tingkah laku, manakala sesuatu rangsangan yang diikuti dengan perasaan yang kurang selesa akan menghentikan pengulangan tingkah laku.
            Terdapat dua Teori yang dapat dikategorikan dalam pendekatan behavoris ini, iaitu Tiga Hukum Thorndike dan Teori Pelaziman Operan Skinner. Dalam Teori Tiga Hukum Thorndike (1911), beliau telah berjaya membentuk tiga hukumnya, iaitu hukum kesediaan, hukum latihan dan hukum kesan. Dalam hukum kesediaan ini, boleh dirumuskan bahawa bagi murid yang menerima rangsangan motivasi, maka pembelajaran mereka akan bekesan dan memuaskan. Sebaliknya, bagi murid yang tidak menerima rangsangan, maka pembelajaran mereka tidak akn berkesan.
            Seterunya, masih dalam Teori Tiga Hukum Thorndike, iaitu Hukum Latihan, di mana terdapat pertalian atau hubungan antara rangsangan dan gerak balas. Misalnya, gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta aktiviti pengukuhan diberikan kerap kali. Ini jelas dilihat semasa latihan atlet dijalankan iaitu sekiranya seseorang atlet rajin menjalankan latihan acaranya, maka lama-kelamaan prestasinya juga akan meningkat. Oleh itu, ini secara tidak langsung telah menambah motivasi dirinya. Akhir sekali, adalah Hukum Kesan, di mana dipercayai bahawa terdapat pertalian antara rangsangan dan gerak balas sekiranya dapat kesan pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Sebaliknya, jika kesan pengalaman itu menyakitkan, maka gerak balas tersebut akan lenyap.
            Jadi, terdapat beberapa ilmplikasi Teori Thorndike dalam Pengajaran-Pembelajaran. Pertama sekali adalah bagi meningkatkan tahap kesediaan belajar, maka guru harus menggunakan motivasi yang sesuai. Kedua, untuk mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerak balas murid maka guru adalah dicadangkan untuk membanyakkan aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan. Di samping itu, juga digalakkan ganjaran atau peneguhan yang sesuai perlu diberi kepada muri yang menberi respon atau gerak balas yang betul.  
            Kedua, ialah Teori Pelaziman Operan Skinner, iaitu kajian yang dihasilkan oleh Skinner ke atas tikus, burung merpati dan manusia pada tahun 1953. Berdasarkan hasil kajian, Skinner membuat beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia iaitu, pembelajaran berlaku melalui pelaziman, peneguhan positif akan menambahkan kebarangkalian gerak balas murid sebaliknya peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang tidak diingini. Oleh itu, implikasi teori ini ialah mengutamakan ganjaran, insentif dan peneguhan sosial yang digunakan untuk memotivasikan murid supaya mengulangi tingkah laku yang diingini. Menurut beliau, tanpa ganjaran, insentif atau peneguhan sosail, tingkah laku yang dingini akan beransur-ansur lenyap.
            Ketiga pula ialah, Jenis Motivasi Cox. Menurut Cox (1991), motivasi merupakan desakan yang boleh mempengaruhi dengan tujuan perubahan tingkah laku melalui manipulasi persekitaran yang terancang. Jenis Motivasi Cox ini dapat dilasifikasikan kepada dua kategori iaitu motivasi asas, iaitu desakan daripada diri sendiri, manakala motivasi sekunder adalah desakan daripada pengaruh luaran yang tidak ada kaitan secara langsung dengan motivasi diri sendiri.

2.1.2 Pendekatan Mazhab Kognitif dengan Motivasi : Ingin Tahu

            Dalam teori pembelajaran mazhab kognitif, telah menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah berdasarkan peringkat umur dan kebolehan murid.  Adalah dipercayai bahawa motivasi pencapaian dengan kecemerlangan boleh dipupuk melalui proses pembelajaran. Mengikut hasil kajian, tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh cara seseorang individu mengamati sesuatu rangsangan. Rangsangan yang kurang menarik adalah sukar untuk menimbulkan motivasi dengan berkesan. Oleh itu, pendekatan kognitif menekankan penggunaan naluri ingin tahu dan pencapaian individu sebagai motivasi dalam proses pembelajaran. Antara tokoh-tokoh mazhab kognitif yang mengaitkan motivasi dengan pembelajaran mereka ialah Jerome Bruner, McClelland dan Atkinson.  
            Dalam Teori Bruner, ia menekankan cara-cara manusia berinteraksi dalam alam sekitar dan menggambarkan pengalaman secara dalaman. Beliau menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Menurut Bruner lagi, konsep atau kategori sepatutnya mempunyai ciri-ciri tertentu yang membezakan objek itu dengan objek yang lain. Ciri-ciri objek ini boleh berbentuk kriteria yang relevan dan yang tidak relevan. Misalnya, kriteria keupayaan berfikir secara analitis dan kritis yang ada pada manusia dapat membezakannya daripada haiwan. Manakala kriteria yang tidak relevan ialah warna mata. Warna mara tidak boleh membezakan lelaki daripada perempuan atau manusia daripada haiwan.
            Seterusnya adalah Teori Keperluan Pencapaian McClelland. Teori dari kajian McClelland (1961, 1985) mengatakan setiap murid mempunyai motivasi untuk mencapai kejayaan tetapi dengan keperluan yang berbeza. Menurut McClelland, ada tiga hal yang melatar belakangi motivasi seseorang iaitu The Need for Achievement (n-ach), kebutuhan akan prestasi atau pencapaian iaitu orang yang memiliki n-ach tinggi biasanya selalu ingin menghadapi tentangan baru dan mencari tingkat kebebasan yang tinggi. Sebab-sebab seseorang memiliki n-ach yang tinggi di antaranya adalah pujian akan kejayaan yang dicapai, perasaan positif yang timbul dari prestasi dan keinginan untuk menghadapi tentangan.
            Seterusnya adalah  The Need for Authority and Power (n-pow), kebutuhan akan kekuasaan. Kebutuhan ini didasari oleh keinginan seseorang untuk mengatur atau memimpin orang lain. Menurut McClelland, ada dua jenis kebutuhan akan kekuasaan iaitu peribadi dan sosial. Contoh dari kekuasaan peribadi adalah seorang pemimpin perusahaan yang mencari posisi lebih tinggi agar dapat mengarah orang lain dan mengarahkan ke mana perusahaannya akan bergerak. Sedangkan kekuasaan sosial adalah kekuasaan yang misalnya dimiliki oleh pemimpin seperti Nelson Mandela, yang memiliki kekuasaan dan menggunakan kekuasaannya tersebut untuk kepentingan sosial, seperti misalnya perdamaian. Tambahan lagi, kebutuhan yang seterusnya adalah The Need for Affiliation (n-affil), kebutuhan akan Afiliasi atau Keanggotaan yang didasari oleh keinginan untuk mendapatkan atau menjalankan hubungan yang baik dengan orang lain. Orang merasa ingin disukai dan diterima oleh sesamanya.
            Teori motivasi yang seterusnya dalam mazhab kognitif ialah Teori Motivasi Pencapaian Atkinson. Dalam teori ini, menyatakan bahawa motivasi pencapaian boleh berlaku disebabkan dua motif iaitu motif untuk mencapai kejayaan dan motif untuk mengelak kegagalan. Individu yang mempunyai motif mencapai kejayaan memerlukan persaingan dan keseronokan. Oleh itu, pada pendapat saya, semasa P&P dijalankan maka guru-guru boleh memasukkan aktiviti-aktiviti yang berunsur persaingan, ini bukan sahaja dapat menarik minat para pelajar, yang penting lagi ialah meningkatkan motivasi pencapaian individu, terutamanya bagi individu yang optimistik iaitu individu yang berorientasi pencapaian yang mengejar kejayaan dalam sebarang perkara.

2.1.3  Pendekatan Mazhab Sosial dengan Motivasi

            Dalam pendekatan mazhab sosial terkandung beberapa teori dalamnya. Pertama sekali adalah motivasi dengan Self-efficacy yang dicipta oleh Bandura (1986), menjelaskan keadaan yang berkaitan dengan keyakinan individu tentang kemampuannya untuk melakukan sesuatu tugasan dengan berkesan. Teori ini menegaskan bahawa self-efficacy adalah mekanisme kognitif yang menjadi pengantara motivasi, corak pemikiran dan tingkah laku. Self-efficacy adalah pertimbangan individu terhadap kemampuannya beraksi dalam apa tahap sekalipun, serta merupakan hasil daripada proses pengaruh kendiri yang kompleks berdasarkan beberapa ciri.
            Antara ciri-cirinya adalah perlakuan atau prestasi yang berjaya. Di mana maklumat keupayaan diri diperoleh melalui pengalaman masteri individu dalam bidang yang diceburi. Jika individu melihat pengalaman tersebut sebagai berjaya mencapai tahap masteri, maka keupayaan diri akan meningkat. Dalam konteks sukan dan aktiviti fizikal, perlakuan atau prestasi yang berjaya adalah cara yang paling penting dalam proses untuk meningkatkan self efficacy individu. Seterusnya adalah pengalaman lalu, di mana pengaruh terhadap keupayaan boleh ditingkatkan jika perbandingan dibuat dengan individu yang mempunyai kebolehan atau pengalaman yang lebih rendah terhadap situasi yang sama. Pujukan atau dorongan yang meyakinkan boleh diperoleh secara verbal, percakapan kendiri, serta strategi kognitif yang lain. Status fisiologi juga boleh memberi maklumat mengenai keupayaan  seseorang melalui penilaian kognitif yang dilakukan terhadap sesuatu situasi.
            Seterusnya adalah Lokus Kawalan Rotter yang diperkenalkan oleh Rotter (1996), merujuk kepercayaan seseorang individu terhadap perhubungan di antara tingkah lakunya dengan ganjaran atau hukuman. Julian Rotter menyatakan bahawa secara amnya terdapat ada dua jenis manusia. Perbezaan ini berlaku mengikut cara individu itu dibesarkan. Lokus kawalan adalah persepsi individu kepada sebab-penyebab kepada peristiwa yang dilalui mereka sepanjang hidup. Ada individu yang berfikir bahawa mereka mempunyai daya untuk mengawal untung nasib kehidupan mereka dan ada pula yang berfikir bahawa kehidupan mereka dikawal oleh orang lain dan bergantung pada nasib. Kelakuan kita dan reaksi kita kepada sesuatu hal bergantung pada lokus kawalan luaran dan lokus kawalan dalaman
            Bagi individu yang bersifat lokus kawalan dalaman iaitu mereka yang bertanggungjawab kepada kehidupan mereka sendiri dan akan melakukan apa yang mereka rasa sesuai untuk diri mereka sendiri. Jenis individu ini jelas dapat dikesan dalam kehidupan kita misalnya, individu yang mempunyai tahap kesihatan fizikal dan mental yang lebih sihat dan mempunyai kemahiran sosial yang lebih baik. Golongan individu ini juga sering memberikan pujian, memberi sokongan kepada segala apa yang mereka lakukan dan biasanya tidak bersikap autoritatif.
            Bagi individu yang bersifat Lokus Kawalan Luaran pula, mereka sering bergantung kepada sumber luaran, seperti nasib dan kemahuan dan harapan ibu bapa yang autoritatif. Biasanya, golongan individu ini percaya keadaan di persekitaran mereka, dan tidak mempunyai motivasi diri yang tinggi. Mereka juga akan bertindak kurang keyakinan dalam pelbagai pencapaian.

2.2 Faedah Motivasi dalam Pembelajaran

            Mamandangkan motivasi memainkan peranan yang amat penting dalam P&P para pendidik. Maka di sini terdapat beberapa faedah yang dapat saya berkongsi bersama. Pada pandapat saya, faedah pertama sekali adalah menarik perhatian murid. Bagi murid-murid yang mempunyai motivasi tinggi akan sentiasa memberi perhatian terhadap penyampaian dan aktiviti guru. Oleh itu, guru memainkan peranan penting untuk menarik minat murid dengan menggunakan pelbagai rangsangan seperti: nada suara yang berubah-ubah, carta yang menarik, pita rakaman, video dan permainan-permainan kecil semasa P&P dijalankan. Cara ini amat disarankan dalam Teori Pengajaran Bruner, di mana teori ini mengatakan bahawa pengajaran harus menentukan cara yang paling berkesan untuk mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari.
            Seterusnya, motivasi yang bersesuaian akan meningkatkan semangat persaingan yang sihat antara individu. Persaingan yang sihat ini adalah bagus bukan sahaja akan meningkatkan persaingan diri sendiri ini secara tidak langsung dapat memotivasikan individu supaya terus berusaha demi mencapai kemajuan diri. Misalnya, guru yang memberi kuiz, ujian kecil serta permainan-permaianan kecil, ini sebenarnya dapat merangsang murid melalui permainan yang diadakan itu. Dari situ, murid dapat melahirkan semangat tidak kalah jadi harap dengan kekerapan permainan sebegini, murid juga akan mengaplikasikan sikap yang terus berjuang demi kejayaan ini dalam pencapaian akademik dan kehidupan sehariannya.
            Pemberian motivasi yang bersesuaian juga akan menghasilkan pembelajaran yang menggembirakan. Keadaan ini jelas dilihat terutama sekali bagi murid kelas yang lemah pencapaian. Di mana, dengan pemberian motivasi seperti ganjaran, pujian dan hadiah atas pencapaian kemajuan murid, ini secara tidaka langsung dapat merangsang semangat ingin terus maju ke depan. Sebenarnya, bukan setakat kebendaan sahaja diberikan tetapi kadang-kala sentuhan pada kepala, tepukan pada bahu ataupun teguran-teguran yang rasional dan ikhlas yang diberikan oleh guru kepada murid juga akan merapatkan hubungan. Bukan ini sahaja, minat murid terhadap matapelajaran tersebut juga akan ditingkatkan. Oleh itu, dengan penambahan minat terhadap matapelajaran tersebut, maka keberkesanan P&P juga dapat ditingkatkan.

 2.3 Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

            Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pembelajaran murid biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabaran tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain. Maka guru boleh memberikan motivasi bagi setiap peringkat dalam P&P.
            Bagi sesi sebelum memulakan P&P, guru-guru mesti membuat perancangan yang sistematik dengan mengambilkira soalan-soalan yang ingin ditanya dan alat bantu mengajar yang disediakan juga bersesuaian dan mencukupi. Guru mesti membuat persediaan yang rapi supaya sepanjang penyampaian P&P guru berada dalam keadaan yang menyeronokkan.
            Semasa proses P&P dijalankan pula, guru-guru perlu mengaplikasikan pelbagai kaedah untuk memperkenalkan sesuatu topik. Pengajaran yang melibatkan murid akan meningkatkan motivasi murid. Sekiranya murid-murid dapat memahami tentang apa yang disampaikan, maka murid-murid akan mempunyai motivasi intrinsik terhadap pembelajaran.
            Selepas proses P&P pula, dengan adanya penambahan motivasi, murid-murid patut diberi masa untuk membuat renungan atau refleksi. Ini kerana, proses refleksi ini dapat membantu mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka. Antara motivasi yang boleh diwujudkan adalah seperti maklumbalas hasil daraipada penilaian kemajuan pembelajaran murid-murid, akitiviti lanjutan untuk mengukuhkan pembelajaran serta sikap keprihatinan guru-guru terhadap keperluan murid-murid.

Kesimpulan

   Secara kesimpulannya, motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau mencapai sesuatu tujuan. Motivasi juga bisa dikatakan sebagai rencana atau keinginan untuk menuju kejayaan dan menghindari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah sebuah proses untuk tercapainya suatu tujuan. Seseorang yang mempunyai motivasi bererti ia telah mempunyai kekuatan untuk memperoleh kejayaan dalam kehidupan.
Adalah dipercayai bahawa setiap manusia adalah lahir dari personaliti dan persekitaran yang berbeza. Maka sebagai pendidik yang berprofesional amatlah penting untuk mengenali teori-teori motivasi ini, agar dapat mengaplikasikan segala kemahiran dan ilmu yang berkaitan semasa penyampaian P&P. Saya percaya bahawa, sekiranya seseorang guru dapat memahami muridnya bukan dari segi fizikal bahkan juga dari dalaman, ini secara tidak langsung dapat membantu guru untuk membuat perancangan mengajar yang bersesuaian dan guru juga dapat menggunakan kaedah yang betul semasa berinteraksi dengan anak murid mereka.                      
Justeru, guru merupakan pembina bangsa negara yang penting, yang merupakan golongan yang berada di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin untuk memastikan hasrat negara iaitu melahirkan modal insan yang berguna demi mencapai Wawasan 2020.

 Bibliografi:

Ragbir Kaur Joginder Singh. (2012). Panduan Ilmu Pendidikan untuk DPLI Psikologi. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Amir Awang. (1986). Teori-teori pembelajaran. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi Pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Ee Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 1 & 2 Sekolah Rendah Psikologi Pendidikan & pedagogi). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi Pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor (2008). Psikologi Pendidikan. Oxford Fajar Sdn Bhd.


Teori Dan Strategi Pengajaran Pembelajaran. Retrieved 27 Ogos 2012 http://ilyasak.blogspot.com/2008/11/teori-dan-strategi-pengajaran.html

Murid dan Alam Belajar : Bab 6 : Motivasi dan PBab 6   Motivasi dan Pembelajaran Monday, 23 May 2011.Retrieved 27 Ogos 2012 from thehttp://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/murid-dan-alam-belajar-bab-6-motivasi.html










           


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment